Sunday, September 09, 2012

Melayu: "Salahuddin Al Ayubi" Kedua - Syeikh Raed Solah

Sesuatu yang menarik tetang seminar bersama Sheikh Raed Solah semalam antara petikan kata-katanya yang menyentuh hati & memberi semangat kepada peserta:

"Isu al Quds bukan isu rakyat Palestin, ia adalah isu umat Islam. Di Malaysia, saya lihat orang Melayu sangat sensitif dengan isu ini, setiap kali sy terangkan isu al Quds di program dan masjid-masjid, saya lihat ramai yang menitiskan air mata.

Lihatlah sejarah dahulu, seorang Kurdistan, iaitu Salahuddin Al Ayubi, beliau bukan Arab, namun telah membebaskan bumi Palestin.

Saya percaya, InsyaAllah, dengan kesedaran yang tinggi dan dengan senario terkini InsyaAllah, akan lahir seorang "Salahuddin Al Ayubi" dari bumi Malaysia ini.

InsyaAllah, "beliau" yang bukan arab yang akan membebaskan bumi Palentin & Masjid Al Aqsa dari penjajahan Yahudi Zionis iaitu datangnya dari bumi ini,  InsyaAllah"

Amen ya Rabbalalamin....

Published with Blogger-droid v2.0.6

No comments: