Tuesday, April 12, 2005

riak-riak air

kadang-kadang sesuatu tindakan kita memberi impak yang tak disangka...kalau baik alhamdulillah tapi kalau kureng... emmm pening jugak nak handle. tapi semua tu cabaran hidup. allah takkan kauji hambanya jika ujian itu tidak sesuai untuknya... allah itu maha adil. memang perkara yang baik itu akan timbul pelbagai ujian di sebaliknya. dah banyak kali aku rasa. tapi buat kali ini, aku still boleh hadapi.... namun itu aku, bagaimana pula untuk menjaga hati orang yang kita sayang yang terlibat dalam situasi itu. tak mungkin selama-lamanya dia boleh bersabar. tapi kalau boleh alhamdulillah. jadi bagaimana nak mengelak kalau itu ditentukan pada kita, hidup pasti bergelombang, penuh cabaran, penuh pengharapan. jika di air tenang kita pasti bosan dengan hidup tapi hakikatnya hidup pasti bergelombang. riak-riak air memang tidak terjangka. jadi aku sentiasa bersedia menghadapinya, walaupun mungkin bukan gelombang penyebabnya, tapi mungkin makhluk disebalik gelombang yang keruh itu. siapa sangka? jadi aku fikir, semua itu adalah dalam gengaman tangan aku, sebab ini adalah hidup aku. jika tidak untuk sekaliannya, aku akan cuba atasinya hingga tahap minima. aku tahu setiap yang menerjah itu adalah datang dari aku sebenarnya. aku yakin. ia pasti tidak akan datang dengan sendirinya..
_________________________________

No comments: