Wednesday, December 12, 2012

Ta-Shih Tarshish Ophir Po-Sse Kafur Shahr Nuwi Sribuza DAN Lokitavarman

 
Buku ini dah lama terbit, tapi buku ini memang istimewa. Sangat-sangat istimewa. Buat insan Melayu yang mencari-cari siapa Melayu dalam kerangka sejarah bangsanya dari kacamata dan kajian bangsanya sendiri.
 
Dari awal buku ini menegaskan Islam hadir di bumi Melayu ini sejak zaman Rasulullah. Ini dibuktikan kerana orang arab telah mengenali dan berdagang di tanah air ini sejak sebelum zaman Rasulullah lagi dari pelabuhan di Yaman. Malah bahasa Melayu wujud dalam Al-Quran iaitu "Kafur" dalam surah Al-Insan (jika saya tidak silap). Dalam tafsir Al-Azhar, Hamka mengulasnya. Malah, dalam buku ini terdapat kajian dari seorang ahli linguistik Eropah (nama saya  tak ingat) tentang peminjaman perkataan "kafur" oleh orang arab.
 
Malah perkataan Ta-Shih (tarshish) di sini merupakan klue kata kunci yang menarik untuk diselongkar, kerana tempat ini juga disebut dalam kitab perjanjian lama. Perkataan Tashih sering bersama perkataan Ophir. Merupakan sebuah tempat yang dicari-cari oleh pengembara eropah dan yahudi. 
 
Selain itu menariknya hubungan antara Muawiyah dengan  Lokitavarman seorang maharaja Srivijaya.
Satu lagi kata kunci di sini ialah Sribuza.... Dan peranan Khalifah Umar Abdul Aziz. Kenapa kini kita baru tahu. Sedangkan buku ini telah lama diterbitkan oleh Jabatan Perdana Menteri. Kenapa sejarah ini tidak diajar di sekolah menengah??? Kini anak-anak kita masih lagi belajar tentang teori (belum lagi benar) kedatangan Islam dari India dan China!! Masih lagi berteori dengan teori-teori barat Snouck Hurgronje yang penipu dan mengelirukan.

Jika Jabatan Perdana Menteri telah tahu sejarah sebegini, agak-agak kita la.... Apa lagi rahsia yang mereka sembunyikan dari bangsa mereka sendiri tentang kegemilangan kita di masa lalu...
Ini satu lagi fakta yang ditulis yang seperti pernah saya baca dan dengar...... Bukankah ia tentang suatu hadis Rasulullah dalam Hikayat Raja Pasai? Jika tidak silap saya Syed Muhammad Naguib Al-Attas pernah membincangkan tentang hadis ini dalam karya terbaru beliau tentang sejarah Islam Nusantara.

Marilah kita renungkan hikayat ini yang dikata diambil dari sabda Rasulullah sendiri dan tersembunyi dalam kitab Hikayat Raja-raja Pasai yang berbunyi :
“Sepeninggal aku telah wafat kelak,akan muncul sebuah negeri di bawah angin, Samudera namanya.”
“Apabila terdengar kamu nama negeri itu, maka suruhlah sebuah bahtera untuk membawa perkakas dan alat kerajaan ke negeri itu, serta kamu Islamkan sekalian isi negeri itu, serta ajar mereka mengucap dua kalimah syahadat. Kerana dalam negeri itu kelak banyak orang yang akan menjadi wali Allah.”
“Tetapi semasa kamu hendak pergi ke negeri itu, hendaklah kamu singgah mengambil seorang fakir di negeri Mengiri, bawalah fakir itu bersama-sama belayar ke negeri Samudera itu.”

Pernahkan anda mendengar hadis ini, terpulang, mungkin ia termasuk dalam kategori hadis yang lemah dan boleh ditolak ke tepi, tetapi benarkah atau ia sebagai satu petunjuk, satu rahsia?

Saya petik dari SINI
 
Hadis ini adalah hadis ramalan masa hadapan Bangsa INI! Bangsa pilihan akhir zaman, bangsa penyelamat ummah, pembela 2 tanah suci! Bangsa lain sedar, tahu dan percaya tentang perkara ini. Cuma kita yang tidak tahu dan tidak percaya. Syeikh Raed Solah (Syeikh Al-Aqsa) percaya Salahuddin Al-Ayubi ke-2 akan muncul dari Bangsa Kita!
Di sini satu lagi kata kunci "Shahr Nuwi". Adakah ia mempunyai kaitan dengan Ayuthia? Apa nama lama Ayuthia yang dikenali oleh orang Arab? Kenapa Shahrul Nuwi? Kenapa mesti pengaruh Parsi? Gelaran "Sultan" itu sendiri merupakan pengaruh Parsi. Malah dalam aksara tulisan jawi yang merupakan warisan bangsa Melayu ini terdapat pengaruh Parsi pada huruf-hurufnya. Contoh Nga, Cha, Gha, Pa, dan lain-lain.
Masih ingat tentang kafur? Apa kata tentang Barus pula? Pelabuhan apakah Barus ini hingga terkenal hingga ke Eropah?
Alahai, tak larat nak ulas lagi tentang halaman demi halaman buku ini. Cukuplah untuk saudara baca dan baca. harap ia memberi persoalan demi persoalan dalam benak saudara. Hahaha bukan jawapan-demi jawapan...
Dan. Akhirnya. Yang saya hendak tegaskan bahawa, islam telah hadir dan berkembang di Bumi Melayu ini sejak abad ke-7 iaitu sejak zaman Rasulullah... Bukan pada abad ke-13! iaitu seperti yang kita dan anak-anak kita belajar di sekolah-sekolah. Iaitu lewat 600 tahun!!!!

Info tambahan:


Dalam kitab umat Yahudi, Melakim (Raja-raja), fasal 9, diterangkan bahwa Nabi Sulaiman a.s. telah menerima 420 tan emas dari Hiram, raja Tirus yang menjadi bawahan beliau. Emas itu telah dibawa dari lombong negeri Ophir. Kitab Al-Qur’an, Surat Al-Anbiya’ 81, menerangkan bahwa kapal-kapal Nabi Sulaiman a.s. berlayar ke “tanah yang Kami berkati atasnya” (al-ardha l-lati barak-Na fiha).

Di manakah gerangan letak negeri Ophir yang diberkati Allah itu? Atau Tarshih yang diberkati itu?
 
Persoalan tambahan: Ophir atau Tarshih?
 
1 Kings 9:28.
28 And they went to Ophir and brought from there gold, 420 talents, and they brought it to King Solomon.
 
atau ayat ini
 
2 Chronicles 9:21
21 For the kings ships went to Tarshish with the servants of Hiram. Once every three years the ships of Tarshish used to come bringing gold, silver, ivory, apes, and peacocks.
 
Persoalan seterusnya, Hahaha...
Kenapa kapal itu mengambil masa selama 3 tahun? jika Tarshish itu tempat yang dekat dengan Israel iaitu sekitar laut Mediterranien seperti yang dipercayai mereka (yahudi & nasrani). Atau sengaja fakta dirahsiakan...

14 comments:

nizam said...

Salam tuan, bagaimana hendak dapatkan buku tersebut. Terima kasih.

Rie said...

InsyaAllah sy akan usahakan utk tuan.

Rie said...

Tuan nizam, sila tinggalkan email utk sy hubungi. Tqvm

nizam said...

Sakam tuan, email saya nizamboy@hotmail.com.

Terima kasih tuan :)

nizam said...

ops silap ejaan :) maaf, nak eja salam terjadi sakam pulak.

nizam said...

Salam tuan, maaf bertanya berkenaan dengan buku tersebut, sudah ada ke salinannya. Terima kasih.

jimio said...

salam, saya juga berminat nak dapatkan buku ni, ada lagi ke? Terima kasih

esis.rie said...

Tuan nizam, dah ada. Jap sy email tuan.

Tuan jimio, insya Allah. Mintak email tuan.

Nadjmee said...

Salam Admin. Boleh saya dapatkan copy buku ini? kalau ada dalam format pdf? terima kasih banyak2.

Unknown said...

salam admin.. saya nak dapatkan buku ni.. macam mana ya?ada salinan tak? terima kasih..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

email saya : ahmadputra44@gmail.com

Unknown said...

As salam tuan. Saya pun nak jgk blh? email saya: junaiha787@gmail.com

awang said...

Mohon email kepada sy juga. xyeight@gmail.com.

Terim kasih byk²