Thursday, September 15, 2005

bahasa kata

yang kurik itu kendi,
yang merah itu saga,
yang baik itu budi,
yang indah itu bahasa,

inilah perumpamaan yang selalu kita dengar daripada orang tua-tua. tapi yang aku nak sentuh adalah soal bahasa! memang ramai orang yang berbudi. tak kiralah apa tujuan budi itu di hulurkan. tapi kalau masuk bab berbahasa ni, makin ramai yang tak endahkan "elemen" ini. padahal inilah asas dalam sesebuah hubungan interpersonal. sebenarnya aku nak nasihat pada diri aku sendiri (supaya tak melazer dan tak mencaca marbakan kata-kata aku) dan pada sesiapa yang berfikir macam yang aku pikir ari nih..

dalam berbahasa kita perlu menghormati oarang lain
dalam berbahasa kita perlu menjaga hati orang lain
dalam berbahasa kita perlu respek orang lain
dalam berbahasa kita perlu menyusun kata-kata
dalam berbahasa kita perlu berfikir sebelumnya
dalam berbahasa kita perlu "melihat langit"
dalam berbahasa kita perlu menjaga lidah kita
dalam berbahasa kita perlu segalanya........
supaya.....
faedahnya kita akan terima kini dan akan datang, insyaallah,

kalau berbahasa kita memeritkan orang lain. padahnya kita pasti akan terima kerana kuasa ada pada tangan sesiapa sahaja dan semestinya kuasa itu adalah milikNYA