Saturday, April 30, 2005

tentang dia

lirik lagu ni memang best.... tiap kali keluar je promo filem ni dalam tv3 aku mesti mengadap.. malam tadi keluar lagi promo siap dengan muka2 yang dah tengok movie/filem ni... "tentang dia". inilah lirik lagu yang aku dapat utk korang semua. nati nak tengok movie nih.... bila ye? tgk vcd jer kott..hik hik hik (^_^) . aku malas nak review movie nih sbb dah ramai orang buat. lagipun aku blom tengok lagi. kalo korang nak tau baca kat sini-nikimovie gambar ni pon aku amik kat sini.

"Tentang Dia"
melly & evan

Sehitam langit diangkasa
Yang mendung memurungkan bumi
Takutku ke masa yang lalu
Menorehkan luka dalam hati

Kekasih yakini cintaku
Disinilah cintaku berlabuh
Perjalanan mencari jawaban
Berakhir karam dihatimu

Cerita cinta anak remaja
Menggauli kidung kasih
Punahkah takut dihati
Terkutuklah bila kita berpisah
Slamanya harus bersama
Buktikan kita bahagia

Tentang dia tak perlu kau risau
Lagu cinta hanya untuk kita
Dan kini tidur ku tersenyum
Oh gadis aku cinta padamu

Tentang dia jangan pernah terlupa
Biar menjadi cerita
Di balik cerita kita


kalo korang nak dengar lagu nih dengar je kat alamat bawah nih.... bila bukak je blog mamat nih, lagu ni trus je kuar, memaniskan halwa telinga anda di http://www.psychobloggers.com/unreleased/ atau kat atas tepi tuh...

Friday, April 29, 2005

tentang kata hati

dah tak tau apa nak tulis....... tulisan aku ni sebenarnya dari hati aku yang berkata-kata. jadi kalau hati aku tiada kata-kata yang hendak diluahkan. maka selagi itulah aku tak update blog nih. sebenarnya kalau boleh aku nak sesuatu yang aku tulis itu beri manfaat pada orang yang baca.... bukan sekadar luahan perasaan yang ntah hapahapantah.
_______________________

Tuesday, April 19, 2005

lagu pengakap


aku masih ingat masa sekolah dulu ni adalah lagu pengakap yang paling aku suka, aku tak tau nape... tapi dia punya melodi dan lirik sangat indah..... sangat halus dalam menceritakan tentang kecantikan alam dan wanita. tapi sampai sekarang aku tak tau tajuk lagu ni aperr.. okeh arini aku persembahkan lagu ni kat koranggg...


tepi gunung air terjun tempat orang bermain,
tempat tinggal tukang kebun dan anaknya mahani,

sungguh cantik rupa ani hidung mancung seludang,
betis bagai bunting padi sungguh cantik dipandang,

tidur malam mimpi-mimpi ani datang ke rumah,
tapi sayang ani pergi hati ani berubah,

kelmarin aku tengok vcd korea "miss kim's making 1 billion won project" tiba-tiba, tiba vcd ke-11 aku tgk hero dia nyanyi lagi nih utk awek tuh. tapi senikata tak samalah... melodinya sama... yeahh.. terus aku pause cerita tuh dan aku ingat semula lirik ni dan aku tulis... dijadikan kebetulan, dan sblm aku tgk vcd ke-11 ni malam sblm tu aku nyanyikan lagu ni kat awek aku.. rangkap yang tengah jerrr... *nama awek aku bukan ani
__________________
harimau main bola

Friday, April 15, 2005

semalam, semalam, semalam dan semalam

dalam senyuman pasti ada tangisnya,
selalu aku kata, selalu aku ingat, apa yang kita dapat dan lalui hari ini adalah hasil daripada tindakan kita semalam, semalam, semalam dan semalam. tak berguna dikesalkan kerana itulah hasilnya apabila tidak jujur pada diri sendiri, tidak jujur pada insan, tidak jujur pada hati. usah marah pada insan, usah marah pada takdir. kerana sebenarnya takdir itu telah kita tentukan.

(untuk kawan-kawan ukm )

Tuesday, April 12, 2005

riak-riak air

kadang-kadang sesuatu tindakan kita memberi impak yang tak disangka...kalau baik alhamdulillah tapi kalau kureng... emmm pening jugak nak handle. tapi semua tu cabaran hidup. allah takkan kauji hambanya jika ujian itu tidak sesuai untuknya... allah itu maha adil. memang perkara yang baik itu akan timbul pelbagai ujian di sebaliknya. dah banyak kali aku rasa. tapi buat kali ini, aku still boleh hadapi.... namun itu aku, bagaimana pula untuk menjaga hati orang yang kita sayang yang terlibat dalam situasi itu. tak mungkin selama-lamanya dia boleh bersabar. tapi kalau boleh alhamdulillah. jadi bagaimana nak mengelak kalau itu ditentukan pada kita, hidup pasti bergelombang, penuh cabaran, penuh pengharapan. jika di air tenang kita pasti bosan dengan hidup tapi hakikatnya hidup pasti bergelombang. riak-riak air memang tidak terjangka. jadi aku sentiasa bersedia menghadapinya, walaupun mungkin bukan gelombang penyebabnya, tapi mungkin makhluk disebalik gelombang yang keruh itu. siapa sangka? jadi aku fikir, semua itu adalah dalam gengaman tangan aku, sebab ini adalah hidup aku. jika tidak untuk sekaliannya, aku akan cuba atasinya hingga tahap minima. aku tahu setiap yang menerjah itu adalah datang dari aku sebenarnya. aku yakin. ia pasti tidak akan datang dengan sendirinya..
_________________________________