Monday, March 28, 2005

kuala sentul kampungku...


dah lama tak balik kampung nih.. rasa tak tentu arah pun ade. homesick? kot. ikutkan ati dah lama aku balik tapi adala macam-macam hal yang memang takdpt nak elak. dgn bentangkan proposal paper projek aku 8hb nih. jadi mesti prepare dulu kalo tak mampos aku kena hantam dgn laturer-latturer nati... peninnn. balik kampung pun ada hal gak.. hehe ada sesuatu yang ingin aku buat.. tapi apapun yang penting yng aku nak cakap kat sini.. bila balik je kampung hati aku jadi tenang. jiwa aku jadi bersih. sebab jumpa keluarga.... aku rasa, sebab merekalah segala-galanya bagi aku. ditambah pulak dengan menghirup udara segar kampung yang tidak tercemar, hawa lembah gunung berantai, angin tenang kuala sentul... betul aku cakap, kadang-kadang bila sampai je kat kampung aku..... aku mesti buka tingkap kete, bila aku hirup je udara segar Lembah Gunung Berantai ni..aku hirup puas-puas.. aku rasa suatu aroma yang begitu harum, segar, sangat segar.. sangat harum semacam ada wangiannya yang tersendiri...yang membuatkan aku takkan lupa bauan itu..bauan haruman sungainya, dedaunnya, gunung dan lembahnya, dan sekalian alamnya.. yang membuatkan aku makin terasa getaran rindu ini. kini..

Monday, March 21, 2005

fenomena ekuinoks


betul ker ari ni panas?? katanya fenomena ekuinoks. tapi aku tgk kat tingkap jerebu jer macam tak panas. surat khabar kata hari ni dijangka panas sampai 40 darjah celsius.. emmm fenomena alam. tapi yang penting aku memang tak suka main tengah panass hehe.. tapi aku tau ramai orang yang hati panas hari ni.. tapi aku tak la plak... sejukkk je ati aku ari ni.

_______________________
suatu kisah pada pandangan bukan islam

Wednesday, March 16, 2005

bermula dengan fantasi ( ^_^ )

betul cakap pak rashid bila kita ada fantasimakakita pasti akan ada visionlepastu mision kita pasti akan bergerakdan sesuatu perkara tu takkan berlakuatau takkan kita lakukan jikafantasi itu tidak bermula fantasi ya fantasi pasti bermuladalam diri kitadalam hati kita dengan niatdengan keyakinanagaknya inilah SMCR......
________________________________________

Saturday, March 12, 2005

ranting pelangi


suka atau tidak kita harus menerima hakikat bahawa hidup memang saling.......

entahlah aku tak tau nak luahkan apa, tapi ada sesuatu yang terbuku yang aku ingin luahkan.. biarkan ia, nanti aku luahkan juga di sini......
(-_-)

Wednesday, March 09, 2005

lagu lagu kita....

bismillahhirrahmannirrahim.....
...disebabkan semalam ramai yang rasa jeles ngan aku sbb siarkan lagu geng faroukh jadi arini aku post la plak lagu tema dan lagu tema kita.... lagu tema ni (jalinan) korang nyanyila ramai-ramai, lagu tema kita (gemilang) ni aku nak nyanyi sorang-sorang, macam aku nyanyi masa tengah taip lirik lagu ni malam tuuu hehe.... sedia ye kepada yang pernah mendengar... walaupun tak sedap kat telinga orang tapi sedap kat telinga aku, ehem..ehem.. dengan penuh perasaan... dengar ye..ehem..ehemm.. 1, 2, 3...


-- ELLA --
Gemilang

Terjaga ku dari tidur yang lena
Melangkah malas menuju jendela
Kabus menyelubungi subuh
Mengimbas segala kenangan yang lalu

Lautan luas telah kurenangi
Segala onak ranjau yang berduri
Tak ku hirau tak kupeduli
Ku terus mencuba kecapi hingga kini

Bersama-sama tempuhi segala
Walau jalanan masih jauh
Hanya kau dan aku yang tahu

Saat gemilang yang aku nantikan
Hampir menjelma di depan mata ku
Ku percaya saat kan tiba
Hanya menunggu tika dan masa oooo

Bersama-sama tempuhi segala
Saat gemilang akan tiba
Kan kita kecapi bersama

Sungguh aku berjanji
Dengan diriku sendiri
Untuk ku menggenggami
Ikhlas, sabar, benar

________________________________________________________

--UNIC--
Jalinan

Indahnya suasana
Kita di hari ini
Ceria bersama bermesra
Erat silaturrahim
Saling hormat menghormati
Tuntutan agama yang mulia
Yang tua di hormati
Yang muda sayangi
Cetuskan suasana harmoni
Oh… mari bersama
Kita jalinkan
Kasih sayang sesama insan
Di hari ini
Kita mulakan
Moga kekal untuk selamanya
Indahnya
Jika kita dapat bersama
Hidup selalu gembira
Di dunia ini….
Lagi indahnya
Jika kita dapat bersama
Hidup di dalam gembira
Di akhirat sana….
...................................................................
.::aminkannya, agar bermaruah kita::.

Tuesday, March 08, 2005

lagu geng faroukh

Artist/Group: Gerhana Ska Cinta Feat Radhi
Title: Senyuman Ragamu

Ke mana saja Kau berlari bersembunyi..
Ku tahu cintamu Padaku teguh..
Takku peduli cara Dan tingkah lakumu
Kerna ku takkan pergi Jauh dari sisimu
Dengarlah kasih
Kan kuserahkan segala kepadamu
Kan kuserahkan segala kepadamu
Kan kubina sebuah singgahsana
Untukmu berlindung Dari hujan basah
Pabila malam Ku termimpikan wajahmu
Takkan jiwa ragaku
Berakhir nikmatnya
Dengarlah kasih
Kan kuserahkan segala kepadamu
Kan kuserahkan segala kepadamu

Monday, March 07, 2005

kem rimba tamu [KOM5217]

assalamualaikum....
semalam saya baru je habis wat kem motivasi budak-budak sekolah kat Kem Rimba Tamu, Batang Kali..kami buat nih pun atas sebab projek yang terpaksa kami buat utk kelas strategi komunikasi KOM5217, kelas Pak Rashid jabatan Komunikasi UPM master corporate comm. rupa-rupanya banyak manfaat pada aku bila terlibat dlm projek nih. sebenarnya sepanjang aku belajar nilah pertama kali aku terlibat projek-projek macam ni. masa aku digree kat UKM dulu aku byk terlibat ngan teater & penyiaran...jadi bagi aku, kepuasan yang aku dapat dari program ni lebih luhur. kepuasan utk membimbing budak-budak sekolah yang nakal ni supaya berfikiran jauh agar berjaya dalam pelajaran, lantas berjaya dalam hidup......... insyaalah.
penat tapi puas hati apabila pada hari terakhir tgk ada perubahan yang ketara pada budak2 yang kami motivate tuh.. form3 & 4 dari smk Syed Masyhur & smk Bandar Baru Batang Kali. tempat tuh fuhhhh best.... dengan sungai yang jernih dgn airnya yang manis, hutan yang damai hijau, udaranya yang segar & sejuk, alunan muzik bunyi-bunyian unggas dan deruman sungainya yang merdu. 3 hari umpama 3 jam cuma. buat kawan-kawan yang terlibat bersama, saya dapat rasakan kepuasan hati anda, begitu juga saya. lebih-lebih lagi apabila Pak Rashid sendiri memberi pujian cemerlang pada kita. lebih-lebih lagi ini sebenarnya menguji setiakawan kita, keikhlasan kita, kejujuran kita, keluhuran budi kita, kita kenal antara satu sama lain dalam waktu ini....apa perasaan dan tindakan kita apabila ada kereta yang cerminnya dipecahkan? van yang hampir diselongkar?kawan-kawan yang sesat/tak tahu jalan? mungkin dari sini kita kenal siapa diri kita sebenarnya.... itu yang lebih penting bagi aku... maafkan faroukh jika ada cetusan konflik pada anda. hehehe..

terima kasih banyak-banyak sahabatku, terima kasih kawan-kawan. doakanlah semoga adik-adik kita itu berjaya dalam pelajaran seterusnya berjaya dalam hidup. merekalah pemimpin masa hadapan! wassalammm.

Wednesday, March 02, 2005

budak sekolah

ni lah keje aku utk dua minggu ni.... mengadap budak sekolah wat research tentang kemahiran 3M mereka. kesian jugak aku kat mereka ada yang tak tau membaca lagi walaupun dah darjah 4 dan tingkatan 1