Tuesday, March 14, 2006

ketika aku mati

demi memenuhi permintaan, terutamanya OP
maka aku updet blog aku ni.

.......................................................................................

pernah sesiapa yang bermimpi dia dah mati?
aku pernah. sabtu malam baru ni. 11 hb mac.

ketika aku mati perkara pertama yang terlintas ketika itu adalah perasaan kecewa dan terkilan, sebab aku tak sempat sempurnakannya ketika aku hidup. sebenarnya aku sendiri tidak tahu bagaimana aku boleh mati. tapi yang aku rasa, seluruh badan aku terasa sangat sakit. seluruh! sakit sungguh. hati aku remuk sedih. yang aku ingat aku terjatuh di hadapan kelas dengan kepala berlumuran darah dilantai di tepi kaki meja.

oleh itu aku sangat sedih terpaksa tinggalkan pelajar aku. aku rasa terkilan sebab aku terpaksa tinggalkan mereka tanpa habis semua ilmu aku curahkan.

yang paling menyedihkan aku apabila aku terpaksa tinggalkan keluarga aku. ketika itu aku balik semula ke rumah ibu bapa aku di kampung. aku tengok mereka semua semula. semua sedih ketika ketiadaan aku. aku dah mati. aku teramat sedih. terkilan sungguh! aku hanya mampu melihat mereka sahaja, dalam kesakitan seluruh badan. namun mereka tidak mampu melihat aku.

tiba-tiba, sepupu aku yang berumur 3 tahun mampu melihat aku duduk di kerusi malas. dia datang memeluk aku. tapi tubuh aku tembus umpama asap. ketika itulah keluarga aku sedar akan kehadiran aku. pak andak aku cakap, dia biasa melihat orang yang dah mati tapi terdapat 3 jenis iaitu hanya dalam bentuk asap. ada yang berwarna merah, hitam atau putih. tapi dia tak cakap roh aku warna apa.

aku tanyakan tentang isteri aku. ibu kata, keluarga isteri aku sudah hantarkan surat perpisahan kami. sedih. sedih sungguh. kesakitan badan aku makin menjadi-jadi. aku semakin lemah. aku ke bilik air untuk mandi. aku masih mampu mencebuk air untuk dicurahkan ke badanku yang kotor dan lemah ini. namun apabila air tercurah, badan aku semakin sakit dan lemah.

sakit, sakit yang teramat. sedih, sedih yang teramat. terkilan, terkilan yang teramat. sungguh. terkilan, kerana aku mati ketika aku masih mahu berbakti pada orang tuaku dan pelajar-pelajarku.

....ketika tersedar daripada tidur, kesakitan itu masih tersisa di seluruh tubuhku. hanya Allah yang maha mengetahui.

aku bayangkan jika benar aku mati, bagaimanakah aku sebenarnya. mampukah ibadatku kini menyelamatkan aku ketika menjelangnya kematianku. takut. aku takut. kerana aku tahu ibadatku tidak mampu menghapuskan dosaku, mahupun mengimbanginya. ya Allah ya Rabbi ampunilah aku. rahmatilah diriku.

6 comments:

Anonymous said...

hmm..
ilham dari Allah itu pelbagai cara.
pernah ustaz pesan, bila kita tersedar tu, terus kita bertaubat.
Ilham itu satu peringatan tanda Kasih sayang Maha Agung

Anonymous said...

sy pun penah mimpi mati..lepas bangun 2 memang rasa insaf dan syukur sbb masih hidup

JBM8141 said...

aku penah mimpi, aku kena tembak dengan 3 orang lelaki cina waktu aku sembahyang, sewaktu duduk tahiyat akhir. Tepat kat dada.

-silence-

Anonymous said...

sy pernah bermimpi mati... beberapa org rakan membelasah sy dgn kejam... ketuanya tumbuk tepat pada dada sebelah kanan... dan tiba2 penglihatan sy berada pada angle lain... sy nampak mayat sy terkulai dan rakan sy merentap jantung sy keluar...

Anonymous said...

I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! Buy hitachi tv 2004 gmc 1427 truck Peugeot in grantham Comfort card bank http://www.ambienpurchase.info/Smoking_medicare.html gmc panel van average 401k value by age shaved pussy pics Provigil multiple sclerosis

Anonymous said...

What a great site » » »