I.
Situasi: dalam bilik kuliah
Jam: 2.15pm
aku melangkah pantas masuk ke dalam bilik kuliah dengan semangat. tiba-tiba terdengar suatu suara kecil, "hik hik hik he he he he he he".
dalam hati aku mula tertanya-tanya. "kenapa mereka ni senyum-senyum padaku,kenapa yang tu pula gelak-gelak kecil?"
dengan suara garau aku lontarkan persoalanku tadi pada mereka dengan senyuman juga. "KENAPA KAMU SENYUM-SENYUM, GELAK-GELAK NI, APA YANG TAK KENA DENGAN SAYA HARI INI?"
"tak ada apa la en. r**, kami tengok en. r** sangat berbeza sekarang. hehehe" kata salah seorang daripada mereka.
"jadi kenapa kamu senyum-senyum dan gelak-gelak?" tanya saya lagi ditambah dengan senyuman untuk menutup perasaan malu.
"errr en. r** dah potong rambut ye?" jawab salah sorang daripada mereka dengan pertanyaan walaupun sudah tahu jawapannya.
"tapi ada yang lain lagiii. heheheheh hik hik hik." pantas disambut yang lain pula.
"apa yang lain tu. saya betul betul tak faham ni. baik kamu cakap." desak saya disulam sengih sehiris di kanan pipi.
"hik hik hik!! hehehahahahhahaha..." gelak mereka semakin kuat dan sengaja ditahan-tahan.
"perut en. r** makin BUNCIIIT..!!" jerit mereka hampir serentak disambut dengan ketawa rakan-rakan yang lain.
.....................................................................................
II.
tolong aku kawan-kawan. berikanlah aku tips untuk kempiskan kebuncitann aku ini..
JADIKANLAH HIDUP AKU KEMBALI CERIA.....TOLONGGGGGG!!!
Friday, March 24, 2006
kembalikan ototku kawan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
saya pulak tgh cari tips nak gemuk.
apa kata kita buat pembedahan pindahan lemak?
hehehe
ok
bila nak buat?
cuba try sit up dan push up 100 kali setiap hari...... pastu bawak2 la berjogging 2-3 kali seminggu......
mr esis jogging je dr KL sampai johor... pastu patah balik.. mau mau kurang puluhan kilo gak.. thx coz singgah di faizal-nizam.blogspot.com
blackpurple.
baru try sekali. tapi perut tetap camtu jugak. hik
faizal.
maunya saya pengsan sblm sampai seremban
betulkah tidak ceria?
Ada org berkata, perut buncit kerana senang hati.
Utk tips, kurangkan minuman bergula & banyakkan pergerakan.
:)
senang hati??
hehehehhahahahaha may be..
hehehe... baru sekali buat mana nak jadi dik oiii...hehehe..
Buncit tandanya senang.
Biarkan.
Janji hati gembira selalu.
Tak pun kurangkan makan nasi.
kurang makan nasik dan jangan minum air sejuk sslalu sangat.
eh perut aku pun buncit ar keke :P
jannah.
"buncit senang hati"
lelaki buncit senang hati.
wanita buncit lelaki senang hati.
op.
perut ko buncit lagi daripada aku. hehe.
kaedah berduit
tengok je la smart shop. banyak benda2 magic dalam tu. sebut je masa yang ko nak. sebulan? ada alat utk sebulan. seminggu? ada alat utk seminggu. sejam? ada jugak, kalau tak silap aku, ko sapu krim sejam sebelum masuk kuliah.
tapi aku suka kaedah tak berduit. cam blackpurple cakap la, sit up n push up. then jogging. stamina pun bertambah, bang.
Tapi, bini aku suka aku buncit. takde sapa nak ngurat, katanya.
jbm 8141,
aku suka ayat terakhir ko.
Post a Comment