Wednesday, December 28, 2005

kawan halaman rumah

hari ini aku dapat suatu pengajaran:

"jangan cerita sesuatu yang kita ingin rahsiakan pada kawan yang kita baru kenal hanya 6 bulan."

kerana dalam masa 6 bulan suatu persahabatan masih tidak matang sepenuhnya iaitu kita tidak mengenalinya dari sudut hati budinya yang sebenar.

seperti analisis teori penembusan sosial "social penetration theory" (Altman dan Taylor, 1973), suatu hubungan persahabatan dan pendedahan kendiri berlangsung seperti kupasan kulit bawang. pada peringkat awal perkenalan hubungan. ia berlangsung dengan cepat kerana kulit bawang yang nipis. namun semakin lama perkenalan hubungan adalah semakin sukar umpama kulit bawang yang semakin tebal di sebelah dalamnya.

namun begitu dalam kes aku ini nampaknya aku ingin meneruskan proses perkenalan ini pada tahap ke empat mengikut teori ini iaitu proses kebalikan tembusan (depenetration) yang mana merupakan proses menarik diri daripada hubungan interpersonal dari satu lapisan ke satu lapisan, sama seperti yang dilalui pada peringkat tembusan (penetration).

dalam hidup ini kita pasti ada beberapa kategori kawan. kategori pertama kawan tepi jalan, kategori kedua kawan di halaman rumah, kategori ketiga kawan ruang tamu dan yang keempat kawan dalam bilik. terpulang pada kita nak kategorikan setiap kawan kita dalam kategori mana. tapi perkara yang penting dalam artikel kali ini aku nak kategorikan kawan aku ni pada kategori kedua. hanya kawan di halaman rumah. jadi perkara yang sudah lepas aku redha seadanya. perjalanan hidup masih panjang. setiap hari aku akan bermula dengan dunia yang baru.

1 comment:

Anonymous said...

Looking for information and found it at this great site... Debts legally Help+debts Teen weight loss