Friday, June 03, 2005

hari terakhir di sini

aku dah dapat keje baru kat wangsa maju. jadi ari ni last day aku kat bilik research fakulti pendidikan upm ni. banyak la kisah suka aku kat sini, duka tuh sikit jer. tak best pun nak crite. walau bagaimanapun semuanya menjadi kenangan aku dalam setahun lebih keje kat sini. banyak aku blaja kat sini. sedih jugak nak tinggalkan tempat nih. smlm prof aku tak kasi aku brenti sbb dah nak buat real research tapi nak wat camne aku pun ada hidup aku gak ada pilihan aku gak. kesian aku kat prof aku. takpe rakan sekerja aku ada. aku takjumpe pun prof aku sbb dia cuti. cakap dlm tipon je. takpe nati aku g jumpa dia pasni. nak trima kasih banyak2 kat prof madya dr rahil. nak mitak maap byk2 gak. juga dgn semua pensyarah komiti research nih.

yang penting aku nak trima kasih la kat awek aku sbb tolong aku dapatkan keje kat sini setelah dekat setahun lebih aku keje kedai makan amik oder ngan kemas meje kat nora kitchen kat shell bandar baru bangi. hehehhe tapi mesti tiap2 minggu jugak aku gi sini sbb aku ada satu kelas lagi kat fbmk.... ok la tuh. tadi dak gi mitak maaf dah kat sume orang yang aku byk cakap... takut la org kecik ati ngan aku. lepas ni aku tak la lagi bergelumang dengan questioneir, sampel, spss, instrument, jurnel2 dan pilot test yang tak abis-abis kena analisis... sbb realibiliti rendah. mana aku tau bukan salah aku aku ikut arahan jer... terima kasih semua, wassalam.....

lepas ni tak tau la camne aku nak update blog aku nih..... tapi insyaallah aku update jugak nati. ahad ni dah pindah umah ke gombak dekat skit dengan tempat keje baru tuh.... selamat tinggal bandar baru bangi setelah 8 tahun aku duduk sana sejak 1998. ni gambar tempat keje aku buat kali terakhir.....
waktu petang jalan nak ke upm

fakulti pendidikan tempat aku keje

pintu bilik aku keje

dalam bilik keje (samsi tengah keje)

meje + komputer aku

key chain hadiah prof. datin syarifah sempena hari terakhir

2 comments:

Anonymous said...

Enjoyed a lot! » » »

Anonymous said...

Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. »