Friday, June 27, 2008

Sabtu, Ahad, Senin

Esok hari Sabtu!

Uki suka gila bila tiba hari Sabtu.
Balik sekolah berdoa supaya Sabtu dipanjang-panjangkan masanya.

Supaya masa tidur, masa main, masa mandi sungai, masa ronda-ronda kampung, masa main basikal, masa main bola pihak, masa main rumah batu, masa main ketinting, masa main tuju getah, masa main tuju tin, masa main tikam, masa main bedil buluh buah cenerai, masa panjat pokok jambu padang, masa menggetah burung puyuh, masa mengukir batang rumbia, panjang, panjang dipanjang-panjangkan.

Uki paling tak suka petang hari Ahad.
Sebab masa tidur, masa main, masa mandi sungai, masa ronda-ronda kampung, masa main basikal, masa main bola pihak, masa main rumah batu, masa main ketinting, masa main tuju getah, masa main tuju tin, masa main tikam, masa main bedil buluh buah cenerai, masa panjat pokok jambu padang, masa menggetah burung puyuh, masa mengukir batang rumbia, bakal tamat.

Pada malamnya. Uki berdoa panjang, panjang, panjang dan panjang sebelum tidur.

Supaya esoknya, Cikgu Hassan tiada di sekolah. Cikgu Kartini lupa masuk kelas. Atau. Beg sekolah dan semua buku tulis latihan ghaib tanpa dikesan.

Atau. Hari Isnin tak wujud esoknya!

5 comments:

Amy Z! said...

hahaha. dulu masa sekolah, mmg ada rasa nak buat cam uki. haha.

wynn said...

bagus btl uki...
tak putus asa dengan rahmat tuhan ;)

Sastri said...

setuju dengan uki sebab berpendapat sama macam uki... huhuhu...

Mazarina said...

huhuuhu..uki..uki..

cikgu pulak petang ahad, berdoa biar dipanjangkan cuti.hujung minggu.supaya tak perlu iron baju.tak perlu buat lesson plan.supaya hari isnin tak wujud esoknya!hehehe =)

Pegawai Khalwat said...

Jom mandi sungai!