Monday, August 13, 2007

Jatuh Cinta Lagi

Aku jatuh cinta lagi.
Kali ini Faizal Tehrani.
Sejak itu, aku mula menguliti.
Saban hari, aku mula memujai.


errr... maksud aku......., maksud aku, karyanya. Bukan dia!

Sejak menikmati "Bila Tuhan Berbicara" aku mula terjatuh hati dengan buah fikiran dan gaya penulisannya. Kerna, sebelum ini aku agak dingin dengan nama itu. Walaupun aku tak pernah baca karyanya... hahahahaha. Hanya dengar kawan-kawan bercerita tentang karya Faizal. Pemikiran Faizal aku suka. Bagai melihat filem dokumentari. Walaupun sedang membaca! Sayang sungguh aku nak tamatkan pembacaan "Bila Tuhan Berbicara". (Sekarang m/s 63). Emmm....

Sekarang aku dah lain. Aku dilamun cinta. Dan. Cinta yang satu ini, Cintaku tak cemburu. Harapnya. Hehehe

Tuesday, August 07, 2007

Saat Berpantang

Bila isteri melahirkan anak, selepas seminggu. Aku hantar balik kampung. Rumah mertua. Berpantang...

Yaaaaaahhoooooo, makanya aku berpantang juga. Pantang Isteri tiada. Hahahahaaaa....

Fikir aku. Aku bujang sekali lagi. Aku merindui saat ini. Hahaha.. Aku mula berkira-kira, untuk memenuhi aktiviti bujang aku.. hohoho. Aku nak pergi tengok wayang yang aku suka. Huhuhuhu. Aku merancang nak jumpa kawan-kawan lama. Lepak tiap-tiap malam. Hehehehe. Aku nak balik lambat tiada orang nak marah. Tiada orang nak berleter. Aku nak makan makanan yang aku suka (tidak berkhasiat) tiada orang nak tegur. Aku nak pergi mana-mana tiada orang nak halang.. Huuuuuuuuuuhuuuuuu. Enjoy beb! Aku fikir.

Tapi.

Aku bertahan cuma seminggu. Tiba-tiba, Aku jadi murung ketika di rumah. Dalam kepala aku berbisik-bisik suara Haikal. Terdengar-dengar tangisannya. Pejam mata, terbayang-bayang senyuman Haikal. Juga. Berdengung-dengung leteran Si Comey. Hati aku memberontak, rindui bebelannya. Rindui tegurannya.

Dan.

Makan aku tak pernah kenyang. Setiap kali singgah kedai, minta tomyam. Setiap kali itulah juga tomyam aku tawar. Aku hangin terasa nak lingkupkan meja kadai tomyam tu. Kari kedai mamak pun sama! Tak sedap!!! Termasuk maggi kari yang aku rendam. Juga TAWAR.

Badan aku susut. Serba tak kena. Serba tak keruan....

Adakah aku sedang sakit???