Thursday, July 12, 2007

Maskara II Dalam Utusan

KLIK gambar untuk lebih jelas

9.00pagi (via sms)
Elmaaniq: Bang, apa ada dalam utusan hari ni?
Esis: Entah, aku kat rumah lagi ni. Nanti sampai opis aku tengok. Siapa inform ko ni?
Elmaaniq: Member aku.

Terima kasih sindikit sol-jah. Tanpa kalian muka aku tak se-hensem dalam utusan hari ini.. Hahahaha.

Monday, July 09, 2007

Versi Maskara 2: Kisah Uki

Ada seekor cacing, namanya Uki.

::: Hai, saya Uki.

Suatu pagi Uki keluar dari tanah untuk menghirup embun. Embun di atas tanah lebih manis daripada yang telah meresap di dalamnya. Uki sangat gembira.

::: Sruupp... sruuppp.... sruuuppp.. ermmm segarnya, emmm manisnya...

Namun nasib Uki pagi itu agak malang.

::: Ahhhhh errrrrrrr... errrrrrrrrr..... ya tuhan ya tuhan..... jauhkan aku jauhkan aku.. jangan jangannnnnnnnnnnnnnnn.......................

Suara uki bergetar... sangkut dikerongkong. Pagi yang mulanya indah itu, menjadi mimpi ngeri buat Uki. Selama-lamanya. Uki menjadi saksi suatu peristiwa. Tidak jauh dari situ, Uki melihat seekor ayam telah mematuk seekor cacing. Cacing itu kemudiannya di telan hidup-hidup. Tanpa belas. Tanpa kasihan.

Ekoran daripada peristiwa itu, 3 bulan Uki tidak mampu melelapkan matanya. Uki takut. Terlalu takut. Teramat sangat....

Suatu hari Uki berdoa pada Tuhan.

:::: Ya tuhanku, aku terlalu takut.... Aku terlalu takut..... Aku terlalu takut untuk menjadi cacing. Ya tuhanku, jadikanlah aku makhluk lain. Jadikanlah aku makluk yang lebih hebat daripada cacing.... Ya tuhanku, jadikanlah aku makhluk yang hebat seperti Ayam. Jadikanlah aku ayam. Kerana pada fikiranku, Ayamlah makhluk terhebat. Ayamlah makhluk terhebat, jadikanlah aku ayam tuhanku.

Rintih Uki dalam kudus doanya. Setelah berhari-hari berdoa, tanpa kenal putus asa. Dengan penuh harap. Akhirnya doa Uki dimakbulkan. Dia pun menjelma sebagai Ayam Jantan setelah bangun dari tidurnya.

Girang sungguh hati Uki. Besar sungguh jiwa Uki. Dia melompat-lompat kegirangan. Uki lupa pada Yang Maha Pencipta. Uki hanya bangga.

Namun, kegembiraannya tidak berpanjangan. Pada suatu petang, Uki sekali lagi menjadi saksi suatu peristiwa yang mengingatkannya pada penciptanya. Setelah sekian lama Uki lupa. Uki terlupa. Petang yang malang itu, dia menyaksikan seekor Ayam Jaras telah ditangkap oleh manusia. Leher ayam itu dipotong,. Bulu dicabut, kulit disepat. Dada dibelah. Sayap dipotong. Peha dipotong. Daging dikelar-kelar. Dibakar. Kemudian daging disit-siat. Dimakan-makan. Dimamah-mamah. Terseksa sungguh ayam itu. Fikr Uki. Ngeri. Ngeri. Ngeri.

:::: Manusia Zalimmmmm. Kau tiada belas kasihan. Manusia tidak berhati perut. Kau seksa ayam sebegitu rupa. Kau seksa saudara aku sebegitu rupa. Manusia memang zalim. Memang zalim. Zalimmmmmm.

Tiba-tiba. Uki bisu seketika. Pelbagai fikiran menerobos mindanya. Pelbagai kata-kata berbisik dihatinya. Baru dia sedar, menjadi ayam juga tidak beruntung. Uki berasa sangat takut. Tiga minggu dia bersembunyi di atas pokok.

Pada minggu keempat,

:::: Ya tuhanku... jadikanlah aku manusia... jadikanlah aku manusia.. jadikanlah aku manusia... jadikanlah aku makhluk yang beruntung di muka bumi. Jadikanlah aku sebaik-baik makhluk. Jadikanlah aku manusia. Makhluk yang engkau kurniakan akal. Jadikanlah aku manusia yang engkau turunkan nabi dan rasul dikalangannya. Yaa... tuhan.. terimalah doaku... terimalah doaku makhlukmu yang hina ini.... jadikanlah aku manusia. Makhluk yang berakal. Makhluk yang engkau turunkan nabi dan rasul di kalangannya. Ya tuhan... terimalah... terimalahhh...

Uki berdoa, meminta, merintih bersungguh-sungguh pada Tuhan yang maha pencipta. Setelah berbulan-bulan Uki memohon tanpa jemu, tanpa malu.dengan kerendahan hatinya..., akhirnya doa Uki dimakbulkan Yang Maha Memberi.

Sekelip mata Uki si Ayam Jantan pun menjadi manusia. Seorang lelaki yang segak.

Beruntung sungguh Uki menjadi manusia.. Dia kini bahagia dengan dunianya. Uki berasa sungguh bertuah. Setiap hari berbagai-bagai jenis makanan Uki rasa. Uki makan roti canai, uki makan karipap, uki makan keropok, uki makan apa sahaja. Dan. Tiap-tiap hari Uki makan ayam KFC. Ini kerana sebelum ini, Uki tidak pernah memakan makanan yang sesedap makanan manusia.

Hinggalah tiba suatu hari, Uki sakit perut cirit-birit. Tiga hari cirit-biritnya tidak sembuh-sembuh. Berkotak-kotak pil Cit Kit Teck Aun dia makan. Hari keempatnya, dengan bersusah payah Uki pergi ke Klinik Esis. Menurut Doktor Esis, umur Uki tidak panjang. Dia akan mati kerana ginjalnya tidak berfungsi lagi. Umur Uki mungkin sebulan, mungkin 10 hari.

Uki berasa sangat takut. Harapan untuk hidup bahagiannya musnah. Uki kini menyesal, kecewa menjadi manusia. Kerana. Baru 30 hari dia menjadi manusia. Uki tidak sanggup menerima dugaan seberat ini. Uki tidak mahu mati semuda ini. Uki tidak mahu mati. Uki tidak mahu mati.

Uki hampir-hampir berputus asa. Baru dia sedar, menjadi makhluk manusia yang boleh makan semua jenis makanan, umurnya tidaklah sepanjang mana. Umur manusia tidak lama. Dalam kesakitan, Uki berdoa pada Tuhan......

::: Ya Tuhan... Tuhan yang maha pemberi... Aku menyesal menjadi manusia... aku menyesal menjadi manusia... menyesal. Menyesal sungguh. Ya tuhan... tuhan yang Maha pencipta. Cipta kankanlah aku... ubahlah aku.... Jadikanlah akuuuuu.. Ubahlah aku menjadiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.......errrr, errrr, errr..(diam seketika) Ubahlah aku menjadiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.......errrr, errrr, errr...(diam seketika) Jadikanlah aku....................................errrr, errrr, errr. ....................................errrr, errrr, errr.... jadiiikanlah akuuuuu.. TUHAN....!

ZZRRRRRRRRup...!!!!! Sekilas..... Suatu panahan kilat menembusi tubuh Uki. Sekelip mata, Uki menjadi cacing semula......

Tuhan murka!!! ....janganlah kamu malampaui batas!!!

Bersyukurlah...


***********************
Lihat laporan MASKARA 2 <-------KLIK

Wednesday, July 04, 2007

"7saat", minit7, jam7, hari7, bulan7, tahun7

Aku berduet dengan elmaaniq. Aku bernada garau, Elmaaniq bernada surau. Pasti malam itu kedinginan. Pasti meremang roma-roma. Langsuir bersahut sahutan, daun rimbun berguguran. Bulan bersembunyi, kodok pula menyanyi. Mengiringi. Agaknya menyokong kami. Hehehehee.