Thursday, January 26, 2006

eeee ia "melekit"

Di pejabat aku ini terdapat 3 buah kroni. (kroni kambing, kroni ikan, kroni ayam). aku tidak peduli semua itu sebab aku memegang falsafah "berbaik-baik dengan semua orang, tetapi berhati-hati dengan semua orang." aku kawan dengan semua orang. first step aku baik dengan kepala. lepas itu semua kroninya berbaik dengan aku. itu strategi aku. setelah aku buat kajian sikit aku dapat maklumat ini. kroni = kumpulan jelekit = klik.

Kumpulan jelekit juga kerap dikenali sebagai klik iaitu secara relatifnya, adalah kumpulan informal yang kekal melibatkan persahabatan (Robbins, 2002). Menurut Narimah Ismail dan Saodah Wok (2003) kumpulan jelekit adalah individu yang menganggotai kumpulan yang terdiri daripada ahli-ahli yang mempunyai hubungan yang rapat dan ingin mengekalkan hubungan tersebut dalam semua keadaan. Ciri-ciri kumpulan jelekit adalah seperti di bawah:
i. Kumpulan yang kecil
ii. Susah untuk menerima ahli baru
iii. Sentiasa bersedia dengan ancaman luar
iv. Banyak masa bersama
v. Mempunyai sejarah kejayaan bersama

Setiap anggota kumpulan mempunyai ikatan kekitaan yang kuat sehingga dirasakan hubungan antara anggota mesti dikekalkan walau apapun terjadi. Keharmonian kumpulan di jaga bagi setiap keputusan yang di buat. Keadaan yang terlalu jelekit ini menjadikan kumpulan tidak objektif dan ia memberi kesan negatif ke atas keputusan yang di buat.

Kumpulan jelekit adalah individu yang menganggotai kumpulan yang terdiri daripada ahli-ahli yang mempunyai hubungan rapat dan ingin mengekalkan hubungan tersebut dalam semua keadaan.

Keadaan ini menurut beliau lagi, kejelekitan boleh menjadi perkara yang baik kerana ia akan memberikan ahli kumpulan perasaan saling kebersamaan dan meningkatkan hubungan interpersonal antara ahli kumpulan.

Oleh itu antara sebab utama individu menyertai kumpulan menurut Robbins (2002) ialah:
i. Keselamatan
Dengan menyertai kumpulan, individu boleh mengurangkan rasa tidak selamat untuk ”berdiri sendiri”. Orang merasa lebih kuat, mempunyai kurang keraguan diri dan lebih tahan daripada ugutan apabila mereka adalah sebahagian daripada sebuah kumpulan.

ii. Status
Penyertaan di dalam kumpulan yang digambarkan sebagai penting bagi orang lain memberikan pengiktirafan dan status bagi ahli-ahlinya.

iii. Harga diri
Kumpulan boleh memberikan orang perasaan harga diri. Ia juga sebagai tambahan kepada penyampaian status untuk mereka yang diluar kumpulan. Keahlian juga boleh meningkatkan perasaan kepentingan mereka kepada ahli-ahli kumpulan sendiri.

iv. Hubungan
Kumpulan boleh memenuhi keperluan sosial. Orang menikmati interaksi harian yang datang bersama-sama ahli kumpulan. Bagi kebanyakan orang, interaksi dalam kerja adalah sumber utama bagi memenuhi keperluan mereka untuk berhubungan.

v. Kuasa
Apa yang tidak boleh dicapai secara individu selalunya menjadi kenyataan melalui tindakan kumpulan. Terdapat kuasa dalam bilangan.

vi. Pencapaian matlamat
Terdapatnya masa apabila ia memerlukan lebih daripada seseorang untuk melaksanakan sesuatu tugasan tertentu perlu mengumpul bakat, pengetahuan atau kuasa bagi menyiapkan suatu kerja. Dalam keadaan tersebut, pengurusan akan bergantung kepada penggunaan sesebuah kumpulan yang formal.

*** baru aku sedar, sms melacurkan bahasa melayu.

1 comment:

hana_kirana said...

barangkali, akan menjadi salah satu faktor kepupusan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Sesebuah bahasa biasanya mampu bertahan selama 1000 tahun sahaja, dan akan pupus (tidak digunakan) lagi selepas itu. Ini juga membuktikan kebenaran Al-Quran kerana Bahasa Arab masih belum pupus walaupun tahun Hijrah kita sudah 1427 tahun. Itu tak campur lagi dengan tahun-tahun sebelum hijrah..