Tuesday, August 30, 2005

.m.e.r.d.e.k.a...k.e.?.


situasi dalam sebuah bilik belajar

apa merdeka tuh : aku tanya
bunga api, enjoy-enjoy cam malam minggu, laggiiii... : student jawab
lagi apa : aku tanya lagi
en. r** tak kuar mana-mana ke malam merdeka : eh, dia tanya aku plak
kenapa mesti kuar malam merdeka, wajib ke? : tanya aku plak
ehhh messtiiiii, tgk bunga bunga api, minum-minum ngan kawan-kawan : jawab dia
tu ke erti merdeka pada kamu? : lagi aku tanya
tak.... ada yang lain : yang lain plak jawab
bebaaaasss : yang lain jawab plak
tu je ke makna merdeka pada kamu : aku tanya lagi
yang lain-lain tu cam dalam tv tu la hehe : jawapan mereka


merdeka ke kamu ni? : kesimpulan aku

Monday, August 08, 2005

tika dan sesuatu 8:8

sayang, terima kasih kerana membuka hatimu menerima kehadiranku.


akan ku letakkan cintamu itu di sudut yang paling istimewa dalam hatiku ini

akan ku hiasi bersama haruman mawar dan haruman kasturi
agar kau sentiasa aman di sini
DI SISIKU SELAMANYA

akan ku buktikannya padamu
pasti tiba masanya
hanya DIA yang maha mengetahui
masa & ketikanya

Tuesday, August 02, 2005

Sepotong Senyum Berbingkai Tanya

sepotong senyum,
menggantung di sudut
(rongga dada, ruang hati)

berbingkai tanya yang seribu

sebaris doa,
menggema dan getarkan sepotong senyum

senyum,
adukan keganjilan ini
pada satu-satunya Penguasa

........................................nukilan yana