Saturday, June 25, 2005

aku ninja hebat?

dengan riakk serta takabburnya aku mengistiharkan bahawa aku adalah "ninja lagenda" kelas SANNIN........(sama kelas dgn jiraiya, tsunade dan orochimaru) tak lama lagi aku akan jadi HOKAGE...MUAHAHAHAHAHAHHAHAHa. siapakah anda yang sanggup mencabar aku?????

Friday, June 17, 2005

kelisa biru "mu"

Hari ini dalam sejarah apabila seorang Puteri Muda Johor telah membeli sebuah Kelisa berwarna biru. hari ini adalah tarikh keramat pemilikan Kelisa tersebut. "Harap beri tunjuk ajar ye" kata Sang Puteri sebelum dia drive kereta itu. "Hati2 dijalan raya tau" kata boss nya. Sang puteri pun tersenyummmm hingga mukanya kemerah-merahan tanpa toleh kiri dan kanan, kerana sangat gembira kerana dapat kereta baru berwarna biru. "Dah baca bismillah?" tanya boss. "uhh" dengan terkejut Sang Puteri menjawab "dahhhh".

Thursday, June 16, 2005

aku - Chairil Anwar

aku baru habis baca buku terbaru bertajuk "AKU-berdasarkan perjalan hidup dan karya penyair Chairil Anwar". karja Sjuman Djaya. buku nih aku dapat pinjam dari kawan aku. pasti kamu masih ingat buku yang pernah Rangga dan Cinta baca dalam filem Ada Apa Dengan Cinta. apa yang menarik sangat tentang buku ini? inilah persoalan yang aku nak tahu. tapi lepas baca buku ni, aku tahu mana keistimewaannya....Chairil Anwar (poster dibelakang Rangga) merupakan seorang penyair Melayu kelahiran Medan. merupakan seorang penyair agung merubah pemikiran bangsa Indonesia ketika zamannya. buku ini ditulis oleh Sjuman Djaya untuk memfilemkan kehidupan penyair ini yang agak misteri dan mati muda pada umur 27tahun. malangnya pengarang ini meninggal sebelum sempat karya ini difilemkan. keseluruhan buku ini menceritakan kehidupan penyair agung ini, karya2nya dan kawan2nya. tak perlu aku mengulas panjang karya ini kerana terdapat banyak ulasannya dalam jaringan internet kini. tapi sesiapa yang membaca buku ini, pasti akan terdetik idea yang aneh dalam minda....pasti tak lepas dari fikiran.... cubalah baca buku ini, kerana ia menanti anda...

sajak "aku" merupakan sajak yang membawa nama Chairil Anwar dalam persada ini. suatu sajak yang penuh dengan semangat!!

AKU
aku!
kalau sampai waktuku
kumau tak seorang kan merayu
tidak juga kau
tak perlu sedu sedan itu
aku ini binatang jalang
dari kumpulannya terbuang
biar peluru menembus kulitku
aku tetap meradang menerjang
luka dan bisa ku bawa berlari
berlari
hingga hilang pedih peri
dan aku akan lebih tidak peduli
aku mau hidup seribu tahun lagi.

namun aku lebih suka akan sajak ini. pasti kita biasa dengar lagu nyanyian berlirikkan kata-kata keinsafan ketuhanan ini. begitu menyentuh rasa dan pengharapan.

DOA
Tuhan
dalam temanggu
aku masih menyebut nama-Mu
biar susah sungguh
mengigat Kau penuh seluruh
cahaya-Mu panas suci
tinggal kerlip lilin di kelam sunyi
Tuhanku
aku hilang bentuk
remuk
Tuhanku
aku mengembara di negeri asing
Tuhanku
dipintu-Mu aku mengetuk
aku tak bisa berpaling

tugu ni telah diabadikan untuk Chairil Anwar di Netherlands Kernstraat 17a (zijgevel), Leiden sejak 17 ogos 1995

Wednesday, June 15, 2005

Satu - Dewa

first time aku lama medengar lagu ni... memang best. lagu cinta... terasa betapa halusnya kata kata sang kekasih pada kekasihnya. suatu kisah cinta yang tidak mungkin. tetapi setelah aku hayati liriknya dengan mendalam.. aku sedar bahawa terdapat falsafah ketuhanan dalam lagu ini... contohnya "ku sebut namamu di setiap hembusan nafasku" bila aku faham aku jadi sebak, makin lama aku hayati lirik lagu ni makin sebak aku rasa.. sedar akan diri. sedar akan nikmat yang kita kecapi... dan seharusnya kita rasa bersyukur pada Allah atas nikmat yang kita terima ini. haruskah kita mengingkari nikmat ini???? sebutlah nama Allah disetiap hembusan nafasmu...


Satu - Dewa

aku ini adalah dirimu
cinta ini adalah cintamu
aku ini adalah dirimu
jiwa ini adalah jiwamu
rindu ini adalah rindumu
darah ini adalah darahmu

tak ada yang lain selain dirimu
yang selalu ku puja
ku sebut namamu di setiap hembusan nafasku
ku sebut namamu, ku sebut namamu

dengan tanganmu aku menyentuh
dengan kakimu aku berjalan
dengan matamu aku memandang
dengan telingamu aku mendengar
dengan lidahmu aku bicara
dengan hatimu aku merasa


Monday, June 13, 2005

terpulang

terpulang pada kata
aku ada alasan aku
tak perlu aku beritakan
tak perlu menjerit pada bukit

biar gugur bulan itu disini
bukannya apa-apa hanya bulan
aku? tetap begini
halaman aku tetap disini

biarlah pandangan aku pada badan gajah
atau pandangan ku semut diseberang laut
bukannya ada apa-apa,
hanya gajah dan semut!!

biarkan hati aku berkata kerana ini rumahku
terpulanglah

Friday, June 03, 2005

hari terakhir di sini

aku dah dapat keje baru kat wangsa maju. jadi ari ni last day aku kat bilik research fakulti pendidikan upm ni. banyak la kisah suka aku kat sini, duka tuh sikit jer. tak best pun nak crite. walau bagaimanapun semuanya menjadi kenangan aku dalam setahun lebih keje kat sini. banyak aku blaja kat sini. sedih jugak nak tinggalkan tempat nih. smlm prof aku tak kasi aku brenti sbb dah nak buat real research tapi nak wat camne aku pun ada hidup aku gak ada pilihan aku gak. kesian aku kat prof aku. takpe rakan sekerja aku ada. aku takjumpe pun prof aku sbb dia cuti. cakap dlm tipon je. takpe nati aku g jumpa dia pasni. nak trima kasih banyak2 kat prof madya dr rahil. nak mitak maap byk2 gak. juga dgn semua pensyarah komiti research nih.

yang penting aku nak trima kasih la kat awek aku sbb tolong aku dapatkan keje kat sini setelah dekat setahun lebih aku keje kedai makan amik oder ngan kemas meje kat nora kitchen kat shell bandar baru bangi. hehehhe tapi mesti tiap2 minggu jugak aku gi sini sbb aku ada satu kelas lagi kat fbmk.... ok la tuh. tadi dak gi mitak maaf dah kat sume orang yang aku byk cakap... takut la org kecik ati ngan aku. lepas ni aku tak la lagi bergelumang dengan questioneir, sampel, spss, instrument, jurnel2 dan pilot test yang tak abis-abis kena analisis... sbb realibiliti rendah. mana aku tau bukan salah aku aku ikut arahan jer... terima kasih semua, wassalam.....

lepas ni tak tau la camne aku nak update blog aku nih..... tapi insyaallah aku update jugak nati. ahad ni dah pindah umah ke gombak dekat skit dengan tempat keje baru tuh.... selamat tinggal bandar baru bangi setelah 8 tahun aku duduk sana sejak 1998. ni gambar tempat keje aku buat kali terakhir.....
waktu petang jalan nak ke upm

fakulti pendidikan tempat aku keje

pintu bilik aku keje

dalam bilik keje (samsi tengah keje)

meje + komputer aku

key chain hadiah prof. datin syarifah sempena hari terakhir

Wednesday, June 01, 2005