Tuesday, May 31, 2005

cuti-cuti jalan-jalan


selalu dating kat putrajaya. segalanya di putrajaya..


ni masa g dating/jalan2 kat pantai morib. main-main ombak...

Monday, May 30, 2005

musim mengawan datang lagi

(aku pun nak bina masjid jugak...insyaallah )

semalam adalah antara hari yang penat.... apabila tiba musim cuti sekolah maka tibalah musim mengawan yang dinanti-nati olah pasangan yang yang menunggu hari pernikahannya... sabtu dan ahad adalah hari pilihan.

hari sabtu 28hb aku ada 3 jemputan kawin. 1 kat melaka (kawan aku kat U) tapi aku tak g sbb aku kat pahang ada kenduri gak. sori napi&nina. 2 kenduri plak kat pahang., satu kat kampung aku(tolong persiapan je) dan satu lagi kat jengka 4, makcik sepupu aku pun kawen.

hari ahad 29hb adalah hari yang kritikal, pagi tu aku tolong masak lauk kenduri kat kampung aku pastu dlm kul 10am aku begegas drive ke perak plak 2 kenduri kawen. dua2 tuh kawan aku. dah la dari karak sampai kl ujan. pas aku amik dia, aku gerak ke tapah perak dalam ujan gak dari kl sampai umah pengantin. dah la sesat beberapa kali. aku nih kalo peta g umah kawin salah memang aku hangin betul (bila aku sesat la)... sampai kul 4.30pm. tapi bila dah sampai dan dah kenyang makan lauk kenduri... baru sejuuuuk ati aku. heheh. pas tu dlm kul 5.30 gerak pulak ke hutan melintang,perak (roommate/klass mate aku kat sekolah kawen ngan cosmate aku kat U) dlm ujan gak tuh.. nasib baik peta dia betul.... aku tak sesat.tapi sampai kat umah dah kul 7mlm. pengantin dah rehat dalam bilik pengantin berkunci!!! cesss...baru kul 7mlm dah masuk bilik!! aku tau la hari dah gelappp.hujan plak tuhhhh.... nasib baik layanan istimewa utk aku ngan pengantin aku istimewa..siap ajak buka hadiah sekali tgk belah kek skali. siap ajak tido umah skali tu!

aku balik umah mlm tuh. sempat jugak dating jap kat restoran jejantas sg buluh jap hehe..bila sampai umah terus tido. . yang paling penting banyak jugak bunga telur ngan "berkat" diaorg kasi bwk balik hehehe. bley makan dlm kete. pandai taktik diaorang kasi aku lupa nak kacau yeeeeee...

moral yang aku nak kata, walaupun tak kena dgn cerita kat atas......

LUKIS PETA atas kad kawin tu biar betul2/tak salah/ada keterangan skit/senang paham. jangan biarkan kawan anda nih sesat sebelum tiba ke majlis anda (nati anda tak dapat hadiah aku!! hehehe).......

Friday, May 27, 2005

Allah akan memberkati perniagaannya.

SURAH FAATHIR (Pencipta)

Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah Akan memberkati perniagaannya.


[29] Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian;

[30] Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya).

[31] Dan Al-Quran yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) ialah yang benar (segala-galanya) yang tetap mengesahkan Kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan sedalam-dalamnya akan keadaan sekalian hambaNya, lagi Maha Melihat dan memerhatikan.

_______________________

terjemahan al-Quran

Friday, May 13, 2005

tulisan al-quran hilang!

"Demi langit yang mengandungi hujan ... dan bumi yang mempunyai tumbuh-tumbuhan ... sungguh (Al Quran) itu benar-benar pemisah di antara yang hak dan yang batil ... dan Al Quran itu bukanlah senda gurauan".
(Surah At Tariq 86: 11 - 13)

Tulisan al-Quran hilang dari naskahnya........ salah satu
tanda hari akhirat

Rancangan Misteri Nusantara antara paparannya adalah lenyapnya tulisan al-Quran dari kampung Kota Lama di Kuala Kangsar, Perak.

Pemilik al-Quran iaitu seorang guru agama yang merasa pelik dan hairan apabila mendapati 4 pages dalam naskah al-Qurannya yang dimiliki selama 40 tahun hilang tulisannya begitu sahaja,sedangkan dia menggunakannya hampir setiap hari khususnya ketika mengajar anak2 muridnya mengaji.

Berdasarkan hadis Sahih Bukhari dan Muslim, antara tanda2 Kiamat ialah apabila al-Quran diangkat ke langit.

Hajah Khatijah seorang guru agama berusia 74 tahun telah menggunakan naskah al-Quran ini 40 tahun lamanya. Ia diterima sebagai barangan pusaka ibu saudaranya yang mewasiatkan agar selalu membacanya.

Kejadian ini disedari ketika Hajah Khatijah membaca al-Quran selepas sembahyang Isyak dan apabila sampai ke juzuk 13 dia mendapati tulisannya telah lenyap walaupun sebelum ini tulisan ini ada. Menurutnya yang telah khatam membaca naskah al-Quran ini lebih 40 kali tidak pernah melihat adanya helaian kosong atau misprint. Katanya jika ia disebabkan oleh tindak balas kimia, mengapa hanya 4 helai sahaja yang hilang dan tidak di muka surat lain. Naskah ini juga menurutnya disimpan dengan baik tidak terkena air atau bahan kimia.

Kehilangan ayat dalam naskah al-Quran ini membabitkan ayat dalam surah Ibrahim dan surah al-Hijr. Naskah al-Quran lama ini yang dicetak oleh Sulaiman Press di 85, Lebuh Acheh, Penang, tidak lagi dijual.

Wartawan Shahnun Hanif Suhaimi yang melihat lebih dekat naskah tersebut mendapati tiada kesan ianya dipadam atau kemungkinan helaiannya ditukar.
Walau apa pun yang berlaku hanya Allah sahaja yang tahu dan Allah maha berkuasa ke atas segala sesuatu.

*dari email yang aku terima...... & apa pandangan anda?

Tuesday, May 10, 2005

perang salib ke-3

epik & realiti daripada perang antara islam dan kristian..... kemurahan hati Salahuddin al Ayubi (saladin) terhadap orang kristian...

Monday, May 09, 2005

pic @ tentangdia

sampai arini pon aku blom tgk lagi movie nih..... heheheheee, no hal (^__^) tapi aku jompe web rasmi movie nih...... jenguk2 lah kat saner.

Wednesday, May 04, 2005

lawak pengganti pope

MENCARI PENGGANTI POPE JOHN PAUL II

cari kat U.S jumpe "pop corn"
cari kat U.K jumpe "popeye"
pi cari kat India jumpe "popedam"
(makanan cam kerepek)
last-last cari kat Malaysia....

....yang ajaib nya ada dua pope!!

yang pertama "pop rock"
yang kedua "POP YEH YEH"