Wednesday, June 19, 2013

Realiti Melayu, Masih Lagi Di Semerah Padi....


Aduka, Taruna dan Dara masih tebal dalam acuan budaya Melayu. Walaubagaimanapun, acuan Melayu mereka masih berbeza dengan konsep syariat Islam yang sebenar. Watak mereka masih bergerak bebas tanpa pemahaman konsep aurat dan batasan di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Watak Dara yang berselendang yang menampakkan aurat seorang wanita mewakili gadis-gadis di perkampungan Semerah Padi yang mengamalkan undang-undang Islam.

Dakwah bukanlah bererti agama itu sendiri, tetapi usaha untuk membawa manusia kepada agama itu.



SEMINAR KEBANGSAAN MEDIA DAN PEMIKIRAN ISLAM 2009 (MIST ’09) USIM
21-22 JULAI 2009 / 28-29 REJAB 1430H. BANGI, SELANGOR, MALAYSIA



(sila klik kanan tajuk atau pic untuk muat turun kertas kerja tersebut atau di SINI)



Saturday, May 18, 2013

Penyiaran Islam: Perspektif 1

30 Minit Bersama Ustaz Don, TV Al-Hijrah:
Suatu Perspektif Pendekatan Berdakwah Melalui Penampilan Personaliti

link & muat turun KLIK
Tidak dinafikan kaedah pembelajaran agama yang terbaik mungkin boleh diperolehi melalui kelas-kelas di masjid, madrasah dan lain-lain majlis ilmu. Namun tidak mustahil kita 'memadrasahkan' TV sebagai satu cara pembelajaran. Oleh kerana media TV ini merupakan satu pembudayaan secara hiburan (culture entertaining) (Zainal Rashid Ahmad, 2012).

*Sila klik link atau gambar di atas untuk muat turun kertas kerja kajian. Terima kasih.


Friday, April 19, 2013

Tulisan Kunlu Tulisan Melayu (Bangsa Kunlun) , Di mana Kau Kini?

Dinar Emas Pasai Bertulisan Kunlu

Pernah tahu tentang tulisan Rencong? Tentu biasa kan. Pernah dengar dan lihat Tulisan Kunlu? 

Ukiran tulisan yang terdapat pada kupang emas ini diukir dalam bahasa Pasai yang dikenali sebagai Kunlu, iaitu bahasa (?) tulisan yang digunakan sebelum bahasa sanskrit.

Sejarah awal kupang emas ini dikesan pada zaman awal kemunculan Melayu di daerah Pasang Utara, Sumatera. Semasa awal terdirinya kerajaan Melaka, pemerintah Sultan Iskandar tidak mempunyai mata wang sendiri. Maka baginda menggunakan mata wang saudaranya tuanya kerajaan Pasai dalam urusan Perdangan harian di Melaka.

Jika telah wujud bahasa kunlu, maka bahasa kunlu tu bahasa apa? adakah bahasa Melayu?  Yang telah di branding semula setelah Melayu mendominasi Alam Melayu ini. Memang kita tahu, bahawa kita adalah orang gunung (kunlun). Jadi peringkat awal tamadun kita dikenali sebagai bangsa kunlun. Jadi bahasa kita dikenali sebagai bahasa kunlu.

Ini bermakna, kita telah ada sistem tulisan sebelum rencong dan sanskrit! Iaitu tulisan KUNLU (tulisan seperti aksara arab). Rujuk tulisan kupang emas di atas. Jadi dimana tulisan itu sekarang? Jika ahli sejarah telah tahu tentang wujudnya tulisan ini, terutama di Pasai, kenapa tiada kajian menyeluruh.

Ini penting untuk menterjemahkan keintelektualan bangsa Melayu sebelum bangsa Melayu mahir dengan Bahasa Sanskrit dan sistem tulisannya.Sanskrit bukanlah rekayasa asal bangsa kita. Asalnya dari benua Hindi, datang bersama agama Hindu-Budha.

Kita adalah bangsa Kunlun, tapi sehingga kita diberitahu bahawa kita mempunyai sistem tulisan iaitu Rencong, kemudian Kawi, kemudian Palava, kemudian Sanskrit, kemudian Jawi, Kemudian Rumi. Jadi apa yang sebelum Rencong? Jika kupang emas di atas sebagai bukti, bagaimana dengan warisan yang lain? Di mana warisan sistem tulisan Kunlu kita? Warisan keintelektualan Bangsa Melayu.

*Rujukan dan maklumat dari Majalah Budaya terbitan DBP.

Sunday, April 14, 2013

Teknologi Melayu Hanya Lakaran Di Pasir


Teknologi Melayu sukar dijangkau akal. Sebenarnya orang luar mengagumi tukang-tukang kita dalam diam. Pernahkah anda melihat pelan istana2 lama, kapal-kapal laut atau masjid2 lama yang dibina menggunakan pelan yang terperinci?

Tahukah anda bahawa Che Ali Ngah (hidup sekitar abad ke-19) seorang pembina kapal di Pulau Duyong membina Bedar Setia dengan hanya melukis pelan kapal itu di atas pasir pantai sahaja sebelum membinanya!
Akhirnya bedar Setia dengan gahnya membelah lautan mengelilingi dunia.

Di Pulau Duyung telah terkenal dgn pembinaan Pinis & Bedar. Antara pinis yang telah mengelilingi dunia ialah Sabar, Jun Bahtera dan Naga Pelangi II. Kapal jenis bedar pula Setia, Dapat, Boleh, Cinta Jaya, Burong Bhari, Naga Pelangi dan 1001 Nights. Inilah antara hasil kerja tangan ajaib Melayu. Lukisan pelan di pasir pantai.
Bukan hanya di Pulau Duyong, dahulunya Johor juga merupakan pengeluar Jong terbesar di dunia selain Turki ketika zaman Utmaniah. Namun kegemilangan Jong Johor hanya tedapat dalam catatan2 asing. Terutama catatan dan lakaran Godinho de Eredia. Dalam kenangan kita pun tiada. Kerana Jong Johor tidak pernah wujud lagi.

Christoph Swoboda pelayar Jerman mengiktiraf kapal senibina Melayu kini. Katanya, tiada kapal layar di dunia ini mampu bertahan selama 100 tahun kecuali yang dihasilkan oleh tangan dan keringat Melayu di Pulau Duyong...
Rujukan:
Dewan Budaya Januari 2011.
Mohd Arof Ishak, Tamadun Alam Melayu 2009.

Wednesday, April 03, 2013

Australia Sepatutnya Wilayah Melayu!

Assalamualaikum pembuka bicara,
Menyahut hati yang sering berkata,
Menerjah fikir yang sering tertanya,
Menilai persoalan yang sering menerpa.

Adakah dengan seluas ini pengaruh Melayu di Lautan Selatan hingga ke Lautan Teduh TETAPI pengaruh Melayu tidak sedikitpun mencecah Pulau Benua Australia? Mustahil pada pemikiran saya! Adakah ini logik? Melayu belayar hingga ke Pulau Paskah (Easter Island) buat monumen di sana. Berdayung hingga ke Hawaii tubuh kerajaan di sana. Meredah ombak hingga ke Madagaskar bina tamadun di sana. Malah sejauh Afrika berdagang di sana. Adakah logik jika tiada langsung peninggalan warisan Melayu di Australia. Maksud saya di tanah besarnya, bukan setakat terhenti di Pulau Cocos dan Pulau Chrismas. Sekurang-kurangnya ada komuniti Melayu di Utara Australia atau puing-puing tinggalan Melayu. Sedangkan Melayu mempunyai warisan hingga New Zealand, iaitu sebelah bawah Tenggara Australia. Sungguh tidak masuk akal. Di sini saya sisipkan beberapa peta yang saya dapat dari carian Google.
Jika melihat dari peta ini, Pulau Papua juga tidak termasuk. Walaupun peta ini tentang keluarga bahasa Melayu, namun adakah ini logik sedangkan masyarakat di Hawaii menggunakan perkataan Lima untuk nombor 5 dan Muka untuk wajah. Dan masyarakat Maori menggunakan perkataan Valai untuk Balai. Adakah langsung tiada pengaruh bahasa Melayu di Papua? Sebenarnya mereka menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perdagangan. Sila luaskan pembacaan anda untuk ini. Seterusnya, berbeza dengan peta dibawah.
Masalahnya, peta ini tidak memasukkan Segenting Kra dan Patani, Kemboja & Champa dalam pengaruh Melayu.
Namun peta ini ada memasukkan Utara Australia sebagai sebuah wilayah dalam pengaruh Lemuria yang mempunyai kaitan dengan Melayu. Walaupun tiada bukti Lemuria itu benar-benar wujud dan masih dalam teori sarjana dan pengkaji sejarah.

Saya dan mungkin juga tuan pernah baca tentang sebuah kerajaan misteri iaitu bernama Luca Antara di SINI . Di atas adalah salah satu dokumen yang saya ambil tanpa kebenaran :) di blog tersebut. Namun satu lagi dokumen surat antara Raja Permaisura Damut kepada Raja Pahang di blog tersebut telah tidak boleh lagi diakses. Hanya versi print screen yang dibersarkan ini sahaja yang saya dapat.

Laporan Portugis tentang surat Permaisura Damut kepada Raja Pahang

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kerajaan Misteri Melayu di Australia ini rujuk http://untoldhistoriesofmalaya.blogspot.com/2012/01/untold-history-lost-continents-of-luca.html. Setelah melayari google  beberapa lama, saya mendapati bahawa memang wujud nama ini, namun ia sebuah pulau yang kini sudah bertukar nama kepada Bathurst Island yang sangat hampir dengan Coburg Peninsula di Utara Australia. Rujuk kajian peta Eredia 1602 di SINI.


Luca Antara peta Eredia 1602

Bathurst Island @ Luca Antara?

Sangat menghairankan apabila nama Luca Antara ini dihilangkan. Sedangkan ia dicatatkan dengan jelas di peta Eredia 1602 ini. Malah ekpedisi yang dilakukan oleh penjajah di sana menemui puing-puing tinggalan kota dan penempatan daripada batu (maaf saya xpasti siapa yang bina) sila rujuk SINI. Mengikut laporan mereka, hanya orang aborigin sahaja yang tinggal di situ. Adakah ia suatu yang logik sedangkan Raja Permaisura Damut pernah dilaporkan menghantar surat kepada Raja Pahang (seperti dokumen yang kelabu di atas). Mengikut laporan dokumen tersebut menurut blog untoldhistory,  penduduk Luca Antara berwajah jawa, tapi menggunakan bahasa yang sukar difahami, berambut panjang hingga ke bahu, membawa tukul emas, suka berlaga ayam. Malah memakai keris bertahtakan permata. Dan. Dalam ekspedisi kedua (1601) ke Luca Antara, Portugis dengan arahan Pedro De Calvaheas melaporkan dari Melaka yang dia belayar pergi ke Luca Antara dengan bantuan kemudi Raja Permaisura. Ini bermakna kerajaan Melayu di Australia pernah wujud! Tetapi dimana tinggalan mereka sekarang? Di mana dokumen yang menyatakan bahawa kerajaan Melayu Luca Antara wujud. Malah dokumen surat antara Raja Permaisura Damut kepada Raja Pahang juga hilang dari blog untoldhistory. Kenapa???
Tinggalan struktur bangunan di Bathurst Island @ Luca Antara dan Semenanjung Coburg (RUJUK

Persoalannya, adakah suatu yang mustahil untuk sebuah kerajaan misteri membina bangunan batu? Sedangkan kerajaan itu sendiri itu pun belum tentu kewujudannya. Betul. Namun, bagaimana pula sebuah masyarakat di sebuah pulau di Lautan Teduh (Pasifik) membina sebuah kota seperti Nan Madol! Sebuah kerajaan Dinasti Melayu (polinesia) di Pulau Pohnpei, Micronesia. Walaupun ada yang mengaitkannya dengan Lemuria dan Atlantis (SINI), namun saya tak fikir binaan tinggalan kota ini adalah dari zaman tersebut.

Lakaran tinggalan Kota Nan Madol

Tinggalan Kota Nan Madol atas terumbu karang

Puing-puing Nan Madol yang misteri
Kesimpulannya, mustahil Australia bukan dalam wilayah jangkauan pelayar-pelayar peneroka lautan Melayu yang dikenali sangat handal. Mustahil sebuah masyarakat boleh pupus begitu sahaja (kecuali dengan kuasa Allah). Jika tiada bukti di Luca Antara, masih tiadakah tinggalan, warisan atau catatan tentang Melayu atau sekurang-kurangnya tapak kaki kosa kata Melayu di Utara Australia? (titik)

Wilayah Melayu yang sepatutnya (pendapat saya)


Tuesday, January 15, 2013

Memartabat Sarwa Melayu

Pernah saudara lihat papan tanda kedai ini? Ia terdapat di sebuah kampung tradisi di kaki Gunung Berantai dalam daerah Maran, Pahang.

Dengan menggunakan kayu cengal papan tanda diukir dengan aksara jawi. Dengan ukiran hiasan yang penuh dengan falsafah Melayu. Sungguh unik. Belum pernah saya lihat di tempat lain.

Satu perkara yang unik di kampung ini ialah nama sungai yang mengalir di tengah kampung ini. Sungai Yeh dan Sungai Palembang.....


Wednesday, January 09, 2013

Peta Klasik Melayu Raya Aksara Jawi

Di surau. Taman ini. Ketika selak-menyelak buku, kitab, akhirnya muqaddam-muqaddam tua yg kuning. Ada sesuatu yg menarik hati sy. Peta lama ini. Beraksara jawi. Melayuraya. Di sini sy kongsikan keunikannya...

Cuba saudara. Perhatikan. Baca. Ada sesuatu di situ. Memberi jawapan. Suatu misteri. Melayuraya. Melayuraya. Melayuraya......



Monday, January 07, 2013

Fakta Batu Bersurat Terengganu

Inilah bentuk keseluruhannya. Kelihatan bahagian atasnya yang telah patah. Separuh lagi masih belum dijumpai. Berat batu ini 214.8kg yg telah ditimbang oleh Abdul Halim Nasir. Gambar ini pada 1981.