Monday, February 20, 2006

kawan lama

sebenarnya memang dah lama aku tak berhubungan dengan kawan-kawan masa belajar kat u dulu. hehe saja menyepikan diri. sebabnya aku nak mulakan hidup baru. cehhhhh alasan macam dalam filem razak mohiden. haha.. kebanyakkan diorang tak tau perkembangan aku sekarang. aku tinggal mana keje kat mana. kebanyakkannya tak tau. mesti gossip2 liar kini menular dikalangan mereka kan. aku tau la aku ni artis / artisukma. betul la, tak tipu. dulu.

tiba-tiba tadi aku terima sms dari kawan lama aku Mat Pet.

MAT PET: apasal kwn aku sorng ni dah lama btol diam. email pun xdak. hidup mati pun aku x tau. hang kat mana skrang?

AKU: hehe aku kat new york skrang, keje kat sini.

MAT PET: punggong kamu!

Saturday, February 18, 2006

berhenti kerja ternak Kambing Boer

I.
Rasa macam nak berhenti kerja, buat ladang kambing kat kampung. Mesti ramai tak setuju. Tapi apa aku peduli. Ternak Kambing Boer ada prospek yang tinggi dalam industri makanan. Okeh, esok aku nak hantar surat berhenti kerja. Bela Kambing Boer lagi bagusss..

II.
Projek menternak Kambing Boer telah berjalan. Insyaallah kandang terbina dengan megahnya. Walau bagaimanapun, aku dengan adik aku telah memulakan langkah usaha ini dengan membuat pasaran menjual Kambing Boer (juga menjual lembu, biri-biri dan Kambing Kachang). Alhamdulillah perniagaan kami mula menunjukkan hasil yang baik. (update: 23.06.06)

III.
KAMI MENJUAL KAMBING BOER DAN HAIWAN TERNAKAN UNTUK DITERNAK SEMULA SECARA KOMERSIAL, KORBAN ATAU AQIQAH. Harga boleh dirunding berdasarkan harga pasaran dan kos pengangkutan. Segala pertanyaan, sila emailkan kepada; esis_rie@yahoo.com (update: 23.06.06)

Wednesday, February 15, 2006

Nikon FM 2 SLR & cerita momok

cerita aku memiliki sebuah kamera Nikon FM 2 SLR (fully manual) telah tersebar keseluruh pelusuk ruang angkasa cakerawala blog-blog setan. aku memang nak jual kamera nih tapi ada beberapa jin yang tak kasi aku jual sebab aku jual terlalu murah. aku dah cakap pada jin dan anak-anak dia yang aku bukan buat bisness tapi sekadar nak tolong orang. kesian aku kat anak-anak pengemis kat jalan TAR.

sekarang aku bukan orang yang baik. malah akan zalim pada setiap setan dan iblis ni. kamera Nikon FM 2 yang boleh menyilaukan mata rasaksa dan capture makhluk halus ni terpaksa aku simpan dalam bungkusan kain kuning 7 lapis. dan aku simpan dalam peti besi ditempat paling rahsia.

POINT AKU: niat aku tetap sama seperti yang di atas aku nak jual kamera nih. hubungi aku kat tempat menjerit kat dalam blog aku nih. value of life anda akan semakin meningkat apabila anda memiliki kamera ni.

pesanan penjual: sebenarnya entry ni tiada kene mengena dengan cerita tahyul.

Thursday, February 09, 2006

entry paksa JIWA

kenapa saya baca buku yang pelik-pelik? soalan ni sering berlegar dalam minda dan sanubari saya hingga ke hari ini. bila aku baca buku, budak umah aku mesti tegur aku baca buku yang ntahapahapa. aku sendiri pon tak tau? aku suka baca buku yang klasik, jarang orang baca, bukan buku komersil, buku-buku lama 60an dan sebelumnya, manuskrip-manuskrip. dan ntah aku pun tak tau nak katogerikan apa. aku suka baca buku yang orang lain tak suka nak baca sejak dari sekolah lagi. aku pernah suruh budak umah aku baca buku WILAYAH KUTU, seminggu dia kutuk aku baca buku tu. dia kata aku gila. hehe. sebelum tu dia tengok aku baca zine GANGGUAN TEKSUAL. first time dia tengok buku tu, dia kata aku baca buku lucah! "gangguan seksual katanya" hehe gelak besar aku. sebenarnya dia tu yang lucah. lepas tu aku aku baca JIWA KACAU. dia sekarang dah tak kata apa-apa pada aku, sekadar tersenyum senget kat aku hahaha. yang terbaru aku baca buku hikayat indra sebaha. dia dah lali dengan aku. no komen. sebenarnay aku hanya menyebut beberapa buah buku sahaja. buku buku yang popular dikalangan pem blog @ bloger.

....atas ini adalah artikel aku yang paling mangkuk. paling b******* paling busuk!

TERUS TERANG SEBENARNYA AKU
NAK KATA, NAK IKLAN, NAK PROMOSI, NAK PAKSA KAMU YANG AKU TAK KENAL

MARI LAH JOIN PROJEK BUKU JIWA KACAU 2

MERIAHKANLAH DUNIA BUKU-BUKU PELIK MALAYSIA.

Tuesday, February 07, 2006

erti memiliki

apa yang aku ada di dunia ini? suatu persoalan yang sering aku tanya ketika aku bersendirian. dan selalunya aku akan terfikirkan aku dah ada motor, kereta, gitar, sedikit duit simpanan dan etc2. semua perkara meterial yang terfikir menyebabkan aku nak tambah lagi dengan tanah, rumah, bisnes sendiri, kereta yang lain dan motor skuter lain. namun sering aku lupa aku juga memiliki dan dimiliki perkara yang paling berharga!

iaitu EMAK, ABAH dan KELUARGA

tiap-tiap bulan aku runsing tentang kereta belum servis, duit simpanan makin kurang, bayar itu dan ini dan etc2. tapi suatu hari aku berjumpa dengan kawan atas kawan. kami bertiga minum dan dia belanja. suatu persoalan yang dia bawa buat aku terkesima beberapa hari...

pernahkah kita RISAUkan kesihatan atau kesunyian emak dan ayah kita setiap bulan sekurang-kurangnya atau telifon emak dan ayah kita setiap bulan sekurang-kurangnya just untuk bertanya khabar atau bersembang untuk menghiburkan hatinya dan BUKANnya bebankan mereka dengan menceritakan masalah kita atau MINTA DUIT?

cuba kenang-kenangkan apa yang telah kita buat demi menggembirakan mereka, menghilangkan kesepian mereka? cukupkah sekadar beri sedikit duit setiap akhir bulan? cukup ke? terhiburkah mereka?

atau kita perlu tunggu bila jasad mak dan ayah kita kaku tidak bernyawa barulah kita cium mereka yang telah dibungkus kain kafan itu? ketika itu sudah tiada nilai ciuman dan air mata SEBENARNYA. kenapa kita tidak cium mereka KINI SEKARANG.

haramkah?? pasti tidak. MALU?? tidak biasa?? dan 1001 alasan pasti terlintas di benak kita. APA SALAHNYA kita cium dan peluk emak dan ayah kita ketika ini. sesekali balik bertemu mereka. menyayangi mereka dan menghargai mereka. ketika mereka bernyawa, ketika mereka boleh tersenyum indah, mata bercahaya sinar memancarkan kasih dan sayang. PELUK DAN CIUMLAH MEREKA (EMAK DAN AYAH)

selalunya apabila emak dan ayah kita telah meninggal...

ANAK LELAKI AKAN TERKILAN SEUMUR HIDUPNYA KERANA TIDAK PELUK & CIUM EMAKNYA dan
ANAK PEREMPUAN AKAN TERKILAN SEUMUR HIDUPNYA KERANA TIDAK PELUK & CIUM AYAHNYA.

Thursday, January 26, 2006

eeee ia "melekit"

Di pejabat aku ini terdapat 3 buah kroni. (kroni kambing, kroni ikan, kroni ayam). aku tidak peduli semua itu sebab aku memegang falsafah "berbaik-baik dengan semua orang, tetapi berhati-hati dengan semua orang." aku kawan dengan semua orang. first step aku baik dengan kepala. lepas itu semua kroninya berbaik dengan aku. itu strategi aku. setelah aku buat kajian sikit aku dapat maklumat ini. kroni = kumpulan jelekit = klik.

Kumpulan jelekit juga kerap dikenali sebagai klik iaitu secara relatifnya, adalah kumpulan informal yang kekal melibatkan persahabatan (Robbins, 2002). Menurut Narimah Ismail dan Saodah Wok (2003) kumpulan jelekit adalah individu yang menganggotai kumpulan yang terdiri daripada ahli-ahli yang mempunyai hubungan yang rapat dan ingin mengekalkan hubungan tersebut dalam semua keadaan. Ciri-ciri kumpulan jelekit adalah seperti di bawah:
i. Kumpulan yang kecil
ii. Susah untuk menerima ahli baru
iii. Sentiasa bersedia dengan ancaman luar
iv. Banyak masa bersama
v. Mempunyai sejarah kejayaan bersama

Setiap anggota kumpulan mempunyai ikatan kekitaan yang kuat sehingga dirasakan hubungan antara anggota mesti dikekalkan walau apapun terjadi. Keharmonian kumpulan di jaga bagi setiap keputusan yang di buat. Keadaan yang terlalu jelekit ini menjadikan kumpulan tidak objektif dan ia memberi kesan negatif ke atas keputusan yang di buat.

Kumpulan jelekit adalah individu yang menganggotai kumpulan yang terdiri daripada ahli-ahli yang mempunyai hubungan rapat dan ingin mengekalkan hubungan tersebut dalam semua keadaan.

Keadaan ini menurut beliau lagi, kejelekitan boleh menjadi perkara yang baik kerana ia akan memberikan ahli kumpulan perasaan saling kebersamaan dan meningkatkan hubungan interpersonal antara ahli kumpulan.

Oleh itu antara sebab utama individu menyertai kumpulan menurut Robbins (2002) ialah:
i. Keselamatan
Dengan menyertai kumpulan, individu boleh mengurangkan rasa tidak selamat untuk ”berdiri sendiri”. Orang merasa lebih kuat, mempunyai kurang keraguan diri dan lebih tahan daripada ugutan apabila mereka adalah sebahagian daripada sebuah kumpulan.

ii. Status
Penyertaan di dalam kumpulan yang digambarkan sebagai penting bagi orang lain memberikan pengiktirafan dan status bagi ahli-ahlinya.

iii. Harga diri
Kumpulan boleh memberikan orang perasaan harga diri. Ia juga sebagai tambahan kepada penyampaian status untuk mereka yang diluar kumpulan. Keahlian juga boleh meningkatkan perasaan kepentingan mereka kepada ahli-ahli kumpulan sendiri.

iv. Hubungan
Kumpulan boleh memenuhi keperluan sosial. Orang menikmati interaksi harian yang datang bersama-sama ahli kumpulan. Bagi kebanyakan orang, interaksi dalam kerja adalah sumber utama bagi memenuhi keperluan mereka untuk berhubungan.

v. Kuasa
Apa yang tidak boleh dicapai secara individu selalunya menjadi kenyataan melalui tindakan kumpulan. Terdapat kuasa dalam bilangan.

vi. Pencapaian matlamat
Terdapatnya masa apabila ia memerlukan lebih daripada seseorang untuk melaksanakan sesuatu tugasan tertentu perlu mengumpul bakat, pengetahuan atau kuasa bagi menyiapkan suatu kerja. Dalam keadaan tersebut, pengurusan akan bergantung kepada penggunaan sesebuah kumpulan yang formal.

*** baru aku sedar, sms melacurkan bahasa melayu.

Saturday, January 21, 2006

garam kau!!

aaarrrghh!!

jangan la emo. kami generasi MTV... relex arr

kau budak! jangan nak melawan orang tua. aku dah lama hidup, lebih dulu makan garam daripada engkau, budak. hingus meleleh pun jilat! ..

ek eleeehh. berlagak... pakcik "makan garam 50 sen sekilo" je. saya "makan garam 5 hinggeet sekilo". baiieek skieet!

kurang hajoo budak...

Tuesday, January 17, 2006

nasi lemaknya RM 2.50

hahahahahaha... selepas bergelak kuat ramai-ramai (????)

aku tanya bad... "kamu suka awek yang camne, yang seksi yang alur bontotnya nampak dan nasi lemaknya tersembul keluar atau yang ayu anggun berlitup tudung" (secara fizikalnya).

kata bad... "aku suka yang seksi yang nasi lemaknya agak-agak RM 2.50 tersembul keluar. hehe". tersengeh ghairah, air liur ditelan sambil mata menjeling satu awek.

"okeylah... antara nasi dengan cokelat. hari-hari kamu makan nasi. satu hari mesti makan sekali. kalau tak makan nasi dalam dua hari mesti terrindu-rindukan nasi. walaupun sebenarnya nasi tak sedap (dibandingkan dengan cokelat)".

"tapi kalau cokelat, larat ke kalau kamu mengadap hari-hari, telan hari-hari. dah tiada nikmat rasa cokelat kalau hari-hari telan benda alah ni. nikmat makan cokelat bila kita sekali-sekala mengidam kat dia aje. kalau makan cokelat hari-hari maunya muntah + boring. sebab hari-hari rasa sedap sampai imune mata tengok kalu tak rasa dengan lidah la. emm".

itulah perumpamaan
antara "awek anggun dan awek seksi" dengan "nasi dan cokelat".

Thursday, December 29, 2005

jendela diri

dua perkara yang sama tapi berbeza, sering kita lalui setiap hari dalam hidup ini tapi kita hanya sedar satu perkara sahaja. pilihlah salah satu kumpulan yang anda suka. atau anda tidak suka kedua-duanya? terpulang pada pandangan dan sub-budaya yang anda anuti.

sibuk v/s menyebuk

aku tidak suka kedua-duanya!!! huh. tapi yang paling aku tidak suka adalah "si penyebuk". semua nak tahu, semua nak ambil tahu. semua perkara nak di"gosip"kan.

sebenarnya aku tidak ambil hati pun. namun begitu menurut Model Jendela Johari (Johari Window Model) yang direka oleh Luft (1969), terdapat 4 bahagian pengetahuan diri kita dan orang lain terhadap diri kita. [kawasan terbuka, kawasan buta, kawasan terselindung dan kawasan tanpa pengetahuan.]

kawasan yang "si penyebuk" sangat suka menyelongkar ialah kawasan terselindung kerana kawasan ini hanya kita sahaja yang tahu. kalau kawasan terbuka, memang pengetahuan "si penyebuk" ni sudah arif dari A-Z. kawasan buta? kita langsung tidak tahu tentang diri kita, tapi "si penyebuk" ini tahu segala-galanya. itulah yang kita harus berhati-hati agar kawasan buta ini tidak terlalu terdedah kepada umum.

namun begitu bagi kawasan tanpa pengetahuan hanya Allah sahaja yang tahu. alhamdulillah...

jadi, pengajarannya ialah jadikan "si penyebuk" ini "kawan tepi jalan" sahaja dan sibukkan diri kita dengan kerja yang berfaedah supaya kawasan-kawasan yang terdapat dalam keperibadian diri kita tersimpan dan terahsia dengan selamat.

Wednesday, December 28, 2005

kawan halaman rumah

hari ini aku dapat suatu pengajaran:

"jangan cerita sesuatu yang kita ingin rahsiakan pada kawan yang kita baru kenal hanya 6 bulan."

kerana dalam masa 6 bulan suatu persahabatan masih tidak matang sepenuhnya iaitu kita tidak mengenalinya dari sudut hati budinya yang sebenar.

seperti analisis teori penembusan sosial "social penetration theory" (Altman dan Taylor, 1973), suatu hubungan persahabatan dan pendedahan kendiri berlangsung seperti kupasan kulit bawang. pada peringkat awal perkenalan hubungan. ia berlangsung dengan cepat kerana kulit bawang yang nipis. namun semakin lama perkenalan hubungan adalah semakin sukar umpama kulit bawang yang semakin tebal di sebelah dalamnya.

namun begitu dalam kes aku ini nampaknya aku ingin meneruskan proses perkenalan ini pada tahap ke empat mengikut teori ini iaitu proses kebalikan tembusan (depenetration) yang mana merupakan proses menarik diri daripada hubungan interpersonal dari satu lapisan ke satu lapisan, sama seperti yang dilalui pada peringkat tembusan (penetration).

dalam hidup ini kita pasti ada beberapa kategori kawan. kategori pertama kawan tepi jalan, kategori kedua kawan di halaman rumah, kategori ketiga kawan ruang tamu dan yang keempat kawan dalam bilik. terpulang pada kita nak kategorikan setiap kawan kita dalam kategori mana. tapi perkara yang penting dalam artikel kali ini aku nak kategorikan kawan aku ni pada kategori kedua. hanya kawan di halaman rumah. jadi perkara yang sudah lepas aku redha seadanya. perjalanan hidup masih panjang. setiap hari aku akan bermula dengan dunia yang baru.