Wednesday, April 03, 2013

Australia Sepatutnya Wilayah Melayu!

Assalamualaikum pembuka bicara,
Menyahut hati yang sering berkata,
Menerjah fikir yang sering tertanya,
Menilai persoalan yang sering menerpa.

Adakah dengan seluas ini pengaruh Melayu di Lautan Selatan hingga ke Lautan Teduh TETAPI pengaruh Melayu tidak sedikitpun mencecah Pulau Benua Australia? Mustahil pada pemikiran saya! Adakah ini logik? Melayu belayar hingga ke Pulau Paskah (Easter Island) buat monumen di sana. Berdayung hingga ke Hawaii tubuh kerajaan di sana. Meredah ombak hingga ke Madagaskar bina tamadun di sana. Malah sejauh Afrika berdagang di sana. Adakah logik jika tiada langsung peninggalan warisan Melayu di Australia. Maksud saya di tanah besarnya, bukan setakat terhenti di Pulau Cocos dan Pulau Chrismas. Sekurang-kurangnya ada komuniti Melayu di Utara Australia atau puing-puing tinggalan Melayu. Sedangkan Melayu mempunyai warisan hingga New Zealand, iaitu sebelah bawah Tenggara Australia. Sungguh tidak masuk akal. Di sini saya sisipkan beberapa peta yang saya dapat dari carian Google.
Jika melihat dari peta ini, Pulau Papua juga tidak termasuk. Walaupun peta ini tentang keluarga bahasa Melayu, namun adakah ini logik sedangkan masyarakat di Hawaii menggunakan perkataan Lima untuk nombor 5 dan Muka untuk wajah. Dan masyarakat Maori menggunakan perkataan Valai untuk Balai. Adakah langsung tiada pengaruh bahasa Melayu di Papua? Sebenarnya mereka menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perdagangan. Sila luaskan pembacaan anda untuk ini. Seterusnya, berbeza dengan peta dibawah.
Masalahnya, peta ini tidak memasukkan Segenting Kra dan Patani, Kemboja & Champa dalam pengaruh Melayu.
Namun peta ini ada memasukkan Utara Australia sebagai sebuah wilayah dalam pengaruh Lemuria yang mempunyai kaitan dengan Melayu. Walaupun tiada bukti Lemuria itu benar-benar wujud dan masih dalam teori sarjana dan pengkaji sejarah.

Saya dan mungkin juga tuan pernah baca tentang sebuah kerajaan misteri iaitu bernama Luca Antara di SINI . Di atas adalah salah satu dokumen yang saya ambil tanpa kebenaran :) di blog tersebut. Namun satu lagi dokumen surat antara Raja Permaisura Damut kepada Raja Pahang di blog tersebut telah tidak boleh lagi diakses. Hanya versi print screen yang dibersarkan ini sahaja yang saya dapat.

Laporan Portugis tentang surat Permaisura Damut kepada Raja Pahang

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kerajaan Misteri Melayu di Australia ini rujuk http://untoldhistoriesofmalaya.blogspot.com/2012/01/untold-history-lost-continents-of-luca.html. Setelah melayari google  beberapa lama, saya mendapati bahawa memang wujud nama ini, namun ia sebuah pulau yang kini sudah bertukar nama kepada Bathurst Island yang sangat hampir dengan Coburg Peninsula di Utara Australia. Rujuk kajian peta Eredia 1602 di SINI.


Luca Antara peta Eredia 1602

Bathurst Island @ Luca Antara?

Sangat menghairankan apabila nama Luca Antara ini dihilangkan. Sedangkan ia dicatatkan dengan jelas di peta Eredia 1602 ini. Malah ekpedisi yang dilakukan oleh penjajah di sana menemui puing-puing tinggalan kota dan penempatan daripada batu (maaf saya xpasti siapa yang bina) sila rujuk SINI. Mengikut laporan mereka, hanya orang aborigin sahaja yang tinggal di situ. Adakah ia suatu yang logik sedangkan Raja Permaisura Damut pernah dilaporkan menghantar surat kepada Raja Pahang (seperti dokumen yang kelabu di atas). Mengikut laporan dokumen tersebut menurut blog untoldhistory,  penduduk Luca Antara berwajah jawa, tapi menggunakan bahasa yang sukar difahami, berambut panjang hingga ke bahu, membawa tukul emas, suka berlaga ayam. Malah memakai keris bertahtakan permata. Dan. Dalam ekspedisi kedua (1601) ke Luca Antara, Portugis dengan arahan Pedro De Calvaheas melaporkan dari Melaka yang dia belayar pergi ke Luca Antara dengan bantuan kemudi Raja Permaisura. Ini bermakna kerajaan Melayu di Australia pernah wujud! Tetapi dimana tinggalan mereka sekarang? Di mana dokumen yang menyatakan bahawa kerajaan Melayu Luca Antara wujud. Malah dokumen surat antara Raja Permaisura Damut kepada Raja Pahang juga hilang dari blog untoldhistory. Kenapa???
Tinggalan struktur bangunan di Bathurst Island @ Luca Antara dan Semenanjung Coburg (RUJUK

Persoalannya, adakah suatu yang mustahil untuk sebuah kerajaan misteri membina bangunan batu? Sedangkan kerajaan itu sendiri itu pun belum tentu kewujudannya. Betul. Namun, bagaimana pula sebuah masyarakat di sebuah pulau di Lautan Teduh (Pasifik) membina sebuah kota seperti Nan Madol! Sebuah kerajaan Dinasti Melayu (polinesia) di Pulau Pohnpei, Micronesia. Walaupun ada yang mengaitkannya dengan Lemuria dan Atlantis (SINI), namun saya tak fikir binaan tinggalan kota ini adalah dari zaman tersebut.

Lakaran tinggalan Kota Nan Madol

Tinggalan Kota Nan Madol atas terumbu karang

Puing-puing Nan Madol yang misteri
Kesimpulannya, mustahil Australia bukan dalam wilayah jangkauan pelayar-pelayar peneroka lautan Melayu yang dikenali sangat handal. Mustahil sebuah masyarakat boleh pupus begitu sahaja (kecuali dengan kuasa Allah). Jika tiada bukti di Luca Antara, masih tiadakah tinggalan, warisan atau catatan tentang Melayu atau sekurang-kurangnya tapak kaki kosa kata Melayu di Utara Australia? (titik)

Wilayah Melayu yang sepatutnya (pendapat saya)


Tuesday, January 15, 2013

Memartabat Sarwa Melayu

Pernah saudara lihat papan tanda kedai ini? Ia terdapat di sebuah kampung tradisi di kaki Gunung Berantai dalam daerah Maran, Pahang.

Dengan menggunakan kayu cengal papan tanda diukir dengan aksara jawi. Dengan ukiran hiasan yang penuh dengan falsafah Melayu. Sungguh unik. Belum pernah saya lihat di tempat lain.

Satu perkara yang unik di kampung ini ialah nama sungai yang mengalir di tengah kampung ini. Sungai Yeh dan Sungai Palembang.....


Wednesday, January 09, 2013

Peta Klasik Melayu Raya Aksara Jawi

Di surau. Taman ini. Ketika selak-menyelak buku, kitab, akhirnya muqaddam-muqaddam tua yg kuning. Ada sesuatu yg menarik hati sy. Peta lama ini. Beraksara jawi. Melayuraya. Di sini sy kongsikan keunikannya...

Cuba saudara. Perhatikan. Baca. Ada sesuatu di situ. Memberi jawapan. Suatu misteri. Melayuraya. Melayuraya. Melayuraya......



Monday, January 07, 2013

Fakta Batu Bersurat Terengganu

Inilah bentuk keseluruhannya. Kelihatan bahagian atasnya yang telah patah. Separuh lagi masih belum dijumpai. Berat batu ini 214.8kg yg telah ditimbang oleh Abdul Halim Nasir. Gambar ini pada 1981.


Saturday, December 29, 2012

Tembok Kota Kuala Muda 1970

Dari buku Lembangan Sungai Dalam Peradaban Melayu karya Abdul Halim Nasir terdapat foto kota ini.

Kota Kuala Muda 1970
Katanya tembok ini pernah runtuh kerana dibiarkan sahaja. Tetapi kini kota ini telah diperbaiki dan dijaga sebagai satu nilai sejarah.

Friday, December 28, 2012

1542 & 1598 Johor Itu Pulau


Lihat peta ini. Sungai Muar bercabang dua. Satu hulunya ke hulu sungai Pahang. Manakala satu cabang hulunya di sebelah kanan ke kuala sungai Pahang.

Johor terpisah dari semenanjung.

Tahukah anda?

1. Laluan sungai Muar inilah Hang Tuah melarikan Tun Teja dari Pahang.
2. Laluan ini jugalah angkatan perang Siam dari Ligor menyerang Melaka. Mereka berhenti di suatu pantai berbatu granit, kemudian memahat batu untuk dijadikan telaga untuk menakung air tawar. Tempat itu sekarang dikenali sebagai Batu Pahat.
3. Jika laluan ini masih ada lagi sekarang sebagai sebuah terusan kapal, nescaya Perlabuhan Tanjung Pelepas dan perlabuhan-perlabuhan Singapura akan lumpuh.

Saturday, December 22, 2012

Punai Sejoli

 
Dari mana Punai melayang,
Dari lata turun ke kali,
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.
 
*******
Kenapa burung Punai?

Orang Melayu lama mengumpamakan burung Punai dengan percintaan & kasih sayang kerana spesis burung ini memang hidup berpasangan ke mana sahaja. Burung Punai juga setia dengan pasanganya. Cara terbang burung ini juga hanya melayang dari tempat tinggi.
 
Begitu juga dgn air yg dilambangkan sebagai sumber rezeki & memberi suatu yg baik. Air mengalir dr tmpt tinggi lata ke sungai hingga ke kali.
Inilah terjemahan sarwajagat Melayu...


Wednesday, December 12, 2012

Ta-Shih Tarshish Ophir Po-Sse Kafur Shahr Nuwi Sribuza DAN Lokitavarman

 
Buku ini dah lama terbit, tapi buku ini memang istimewa. Sangat-sangat istimewa. Buat insan Melayu yang mencari-cari siapa Melayu dalam kerangka sejarah bangsanya dari kacamata dan kajian bangsanya sendiri.
 
Dari awal buku ini menegaskan Islam hadir di bumi Melayu ini sejak zaman Rasulullah. Ini dibuktikan kerana orang arab telah mengenali dan berdagang di tanah air ini sejak sebelum zaman Rasulullah lagi dari pelabuhan di Yaman. Malah bahasa Melayu wujud dalam Al-Quran iaitu "Kafur" dalam surah Al-Insan (jika saya tidak silap). Dalam tafsir Al-Azhar, Hamka mengulasnya. Malah, dalam buku ini terdapat kajian dari seorang ahli linguistik Eropah (nama saya  tak ingat) tentang peminjaman perkataan "kafur" oleh orang arab.
 
Malah perkataan Ta-Shih (tarshish) di sini merupakan klue kata kunci yang menarik untuk diselongkar, kerana tempat ini juga disebut dalam kitab perjanjian lama. Perkataan Tashih sering bersama perkataan Ophir. Merupakan sebuah tempat yang dicari-cari oleh pengembara eropah dan yahudi. 
 
Selain itu menariknya hubungan antara Muawiyah dengan  Lokitavarman seorang maharaja Srivijaya.
Satu lagi kata kunci di sini ialah Sribuza.... Dan peranan Khalifah Umar Abdul Aziz. Kenapa kini kita baru tahu. Sedangkan buku ini telah lama diterbitkan oleh Jabatan Perdana Menteri. Kenapa sejarah ini tidak diajar di sekolah menengah??? Kini anak-anak kita masih lagi belajar tentang teori (belum lagi benar) kedatangan Islam dari India dan China!! Masih lagi berteori dengan teori-teori barat Snouck Hurgronje yang penipu dan mengelirukan.

Jika Jabatan Perdana Menteri telah tahu sejarah sebegini, agak-agak kita la.... Apa lagi rahsia yang mereka sembunyikan dari bangsa mereka sendiri tentang kegemilangan kita di masa lalu...
Ini satu lagi fakta yang ditulis yang seperti pernah saya baca dan dengar...... Bukankah ia tentang suatu hadis Rasulullah dalam Hikayat Raja Pasai? Jika tidak silap saya Syed Muhammad Naguib Al-Attas pernah membincangkan tentang hadis ini dalam karya terbaru beliau tentang sejarah Islam Nusantara.

Marilah kita renungkan hikayat ini yang dikata diambil dari sabda Rasulullah sendiri dan tersembunyi dalam kitab Hikayat Raja-raja Pasai yang berbunyi :
“Sepeninggal aku telah wafat kelak,akan muncul sebuah negeri di bawah angin, Samudera namanya.”
“Apabila terdengar kamu nama negeri itu, maka suruhlah sebuah bahtera untuk membawa perkakas dan alat kerajaan ke negeri itu, serta kamu Islamkan sekalian isi negeri itu, serta ajar mereka mengucap dua kalimah syahadat. Kerana dalam negeri itu kelak banyak orang yang akan menjadi wali Allah.”
“Tetapi semasa kamu hendak pergi ke negeri itu, hendaklah kamu singgah mengambil seorang fakir di negeri Mengiri, bawalah fakir itu bersama-sama belayar ke negeri Samudera itu.”

Pernahkan anda mendengar hadis ini, terpulang, mungkin ia termasuk dalam kategori hadis yang lemah dan boleh ditolak ke tepi, tetapi benarkah atau ia sebagai satu petunjuk, satu rahsia?

Saya petik dari SINI
 
Hadis ini adalah hadis ramalan masa hadapan Bangsa INI! Bangsa pilihan akhir zaman, bangsa penyelamat ummah, pembela 2 tanah suci! Bangsa lain sedar, tahu dan percaya tentang perkara ini. Cuma kita yang tidak tahu dan tidak percaya. Syeikh Raed Solah (Syeikh Al-Aqsa) percaya Salahuddin Al-Ayubi ke-2 akan muncul dari Bangsa Kita!
Di sini satu lagi kata kunci "Shahr Nuwi". Adakah ia mempunyai kaitan dengan Ayuthia? Apa nama lama Ayuthia yang dikenali oleh orang Arab? Kenapa Shahrul Nuwi? Kenapa mesti pengaruh Parsi? Gelaran "Sultan" itu sendiri merupakan pengaruh Parsi. Malah dalam aksara tulisan jawi yang merupakan warisan bangsa Melayu ini terdapat pengaruh Parsi pada huruf-hurufnya. Contoh Nga, Cha, Gha, Pa, dan lain-lain.
Masih ingat tentang kafur? Apa kata tentang Barus pula? Pelabuhan apakah Barus ini hingga terkenal hingga ke Eropah?
Alahai, tak larat nak ulas lagi tentang halaman demi halaman buku ini. Cukuplah untuk saudara baca dan baca. harap ia memberi persoalan demi persoalan dalam benak saudara. Hahaha bukan jawapan-demi jawapan...
Dan. Akhirnya. Yang saya hendak tegaskan bahawa, islam telah hadir dan berkembang di Bumi Melayu ini sejak abad ke-7 iaitu sejak zaman Rasulullah... Bukan pada abad ke-13! iaitu seperti yang kita dan anak-anak kita belajar di sekolah-sekolah. Iaitu lewat 600 tahun!!!!

Info tambahan:


Dalam kitab umat Yahudi, Melakim (Raja-raja), fasal 9, diterangkan bahwa Nabi Sulaiman a.s. telah menerima 420 tan emas dari Hiram, raja Tirus yang menjadi bawahan beliau. Emas itu telah dibawa dari lombong negeri Ophir. Kitab Al-Qur’an, Surat Al-Anbiya’ 81, menerangkan bahwa kapal-kapal Nabi Sulaiman a.s. berlayar ke “tanah yang Kami berkati atasnya” (al-ardha l-lati barak-Na fiha).

Di manakah gerangan letak negeri Ophir yang diberkati Allah itu? Atau Tarshih yang diberkati itu?
 
Persoalan tambahan: Ophir atau Tarshih?
 
1 Kings 9:28.
28 And they went to Ophir and brought from there gold, 420 talents, and they brought it to King Solomon.
 
atau ayat ini
 
2 Chronicles 9:21
21 For the kings ships went to Tarshish with the servants of Hiram. Once every three years the ships of Tarshish used to come bringing gold, silver, ivory, apes, and peacocks.
 
Persoalan seterusnya, Hahaha...
Kenapa kapal itu mengambil masa selama 3 tahun? jika Tarshish itu tempat yang dekat dengan Israel iaitu sekitar laut Mediterranien seperti yang dipercayai mereka (yahudi & nasrani). Atau sengaja fakta dirahsiakan...

Tuesday, October 02, 2012

Pandangan Sarwa Melayu

Bergantung kepada Yang Satu,
Berpegang kepada Yang Esa,

Tuah hidup sempurna hidup,
Hidup berakal mati beriman,
Malang hidup celaka hidup,
Hidup tak tahu halal haram.

(Pepatah epistemologi Melayu lama)
Petikan dalam buku Islam & Melayu, Dr. Siddiq Fadzil, 2012.

Published with Blogger-droid v2.0.6