Thursday, October 27, 2005
selamat hari raya
Tuesday, October 25, 2005
tak payah berkongsi!
tak payah nak kongsi-kongsi raya ni. kita dengan agama kita. mereka dengan agama mereka. kalau raya dibolehkan kongsi, agama nak kongsi juga? nak jadi ayah pin? ini adalah arahan daripada Mufti Perak. walau apapun Allah dah turunkan surah Al-Kaafirun untuk memberi peringatan pada kita semua. hayatilah surah dibawah ini wahai sahabat.. kerana hari raya adalah ibadat buat kita
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.[1] Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir!
[2] Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
[3] Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
[4] Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
[5] Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
[6] Bagi mu agamamu dan bagiku agamaku.
Thursday, October 20, 2005
langit malaya mendung
Hari ini langit mendung, umpama mendungnya hati seluruh rakyat, mendung seluruh hati kita. Tapi mungkin tak semendung hati Pak Lah dan keluarga.... Al-Fatihah untuk arwah Datin Seri Endon Mahmood, Isteri Perdana Menteri.
***
pagi tadi 9.23 pagi
beep..beep*
beep..beep*
handphone aku berbunyi, datang msg yang tertulis:
isteri pak lah meninggal jam 7.55pg. bagi yang beragama Islam, marilah kt same2 sedekahkan al-fatihah kpd arwah. - a*** ,from z*** pro UPM
petang tadi 2.47 petang
beep..beep*
beep..beep*
handphone aku berbunyi lagi, datang msg yang tertulis:
Tun ghafar baba pula meninggal dunia tghari ini.Sama2lah kta sedekahkan AL FATIHAH. Amin..
tadi 3.27 petang
beep..beep*
beep..beep*
handphone aku berbunyi lagi sekali, datang msg yang tertulis:
a** td tipu. Kabar angin je. Bkn salah s** salah orang lain. .....(seterusnya tidak tulis di sini)..........
***
kasihan mereka yang kena tipu ni. termasuklah kami. aku yang dah forward terpaksa kasi msg yang lagi satu, supaya orang tak tertipu. ish ada jugak orang yang buat cerita tak betul pasal kematian nih... cuba kalau kena kat keluarga sendiri. mesti sedih.
Wednesday, October 19, 2005
hati berkata
Saturday, October 15, 2005
permulaan hidup
Tuesday, October 04, 2005
di ambang Ramadhan
ntah apa kena dgn aku arinih. tak pose lagi dah macam nih...badan cam tak sehat jer, ntah apa yang aku pikir macam2. hati tak tenang macam selalu. kata cikgu kat sekolah aku dulu kalo nak tenangkan pikiran kita tgk air mengalir, kita tengok dedaunan hijau... yes masa tu sekolah aku tepi hutan. memang hutan lah. bukan belukar ye. kat pahang nuh. memang boleh tenangkan pemikiranlah. kompom. itulah sebabnye aku tgk gambar nih. ni gambar sungai kat kg aku. tapi masalahnya nih gambar! xdelah menenangkan pemikiran. selalu jugak aku dengar seorang Dr. ustaz beri kuliah dalam radio... antara yang paling aku ingat ialah cara camne nak tenangkan pemikiran... sama je apa yang dia cakapkan dengan yang cikgu aku cakap. tapi dia kasi sebab kenapa kita tenang pemikiran apabila melihat air mengalir, ikan berenang, dedaunan, pokok yang melambai, batu, pokok bunga dan sebagainya ciptaan Allah. sebabnya unsur alam ini akan doakan dan zikirkan untuk kita! (kalo tak silap yang aku dengo). oleh tu berzikirlah! jangan tunggu benda tuh berzikir utk kita. lebih-lebih lagi sok syaitan dah kena tambat. bulan Ramadhan, bulan puasa byk2 kanlah amal ibadat.....