Friday, March 30, 2007

Aksi Seorang Juara

Pemain ragbi bertapa sebelum beraksi cemerlang.

Memeriksa "ambung" supaya sentiasa dalam keadaan baik.

Pemain beraksi tangkas atas pokok langsat mencari bola ragbi, mengatasi pihak lawan.

Pose macho seorang player setelah beraksi cemerlang. Ambung separuh penuh dengan langsat. Perut separuh penuh, juga dengan langsat. Hehehehe....

Monday, March 26, 2007

Cinta Bayangan Matahari & Bayangan Bulan

Suatu ketika dahulu, makhluk manusia adalah sangat istimewa. Salah satu keistimewaan manusia adalah kerana mereka tidak membunyai bayang-bayang.

Walaupun begitu, bayang-bayang tetap wujud. Namun ia merupakan makhluk lain yang terpisah daripada manusia.

****

Semua makhluk lain tahu bahawa, Bayangan Lelaki Matahari tinggal di atas Gunung Berantai. Ia sangat angkuh dan sombong. Namun setiap malam ketika bulan mengambang, seluruh lembah akan diselubungi kepiluan. Ini disebabkan bunyi tangisannya yang kesunyian.

Di Lembah Beroleh pula, menginaplah Bayangan Perempuan Bulan yang sangat baik hati. ketika bulan muncul, dialah makhluk yang paling gembira. Namun dia akan memendamkan perasaanya itu kerana kasihankan Bayangan Lelaki Matahari.

**Penatlah aku buat cerita ni. Nantilah aku sambung kalau rajin... hehe.

Friday, March 23, 2007

Kisah Uki

Ada seekor cacing, namanya Uki.

Suatu pagi Uki keluar dari tanah untuk menghirup embun. Embun di atas tanah lebih manis daripada yang telah meresap di dalamnya. Uki sangat gembira.

Namun nasib Uki pagi itu agak malang. Uki menjadi saksi suatu peristiwa ngeri. Tidak jauh dari situ, Uki melihat seekor ayam telah mematuk lantas memakan seekor cacing. Akibat peristiwa itu, 3 bulan Uki tidak tidur akibat terlalu takut.

Suatu hari Uki berdoa pada Tuhan. Dia berdoa agar diperkenankan untuknya menjadi ayam. Setelah berhari-hari berdoa, akhirnya doa Uki dimakbulkan. Dia pun menjadi Ayam Jantan.

Girang sungguh hati Uki. Namun, kegembiraannya tidak berpanjangan. Pada suatu petang, Uki ternampak seekor Ayam Jaras telah ditangkap oleh manusia. Rupa-rupanya ayam tersebut telah dijadikan ayam panggang. Baru dia sedar, menjadi ayam juga tidak beruntung. Uki berasa sangat takut. Tiga minggu dia tidak turun dari pokok manggis.

Pada minggu keempat, Uki berdoa bersungguh-sungguh pada Tuhan untuk menjadi manusia. Setelah berhari-hari memohon bersungguh-sungguh, akhirnya doanya dimakbulkan. Uki si Ayam Jantan pun menjelma menjadi manusia.

Beruntung sungguh Uki menjadi manusia, tiap-tiap hari dia makan ayam KFC. Bermacam-macam makanan Uki rasa. Sebelum itu, Uki tidak pernah memakan makanan yang sesedap makanan manusia.

Hinggalah tiba suatu hari, Uki sakit perut cirit-birit. Tiga hari cirit-biritnya tidak sembuh-sembuh. Berkotak-kotak pil Kit Teck Aun dia makan. Esoknya, dengan bersusah payah Uki pergi ke Klinik Esis. Menurut doktor umur Uki tidak panjang. Dia akan mati kerana ginjalnya tidak berfungsi lagi. Akibat kekurangan air di dalam badannya sangat kritikal.

Uki berasa sangat takut dan berputus asa. Baru dia sedar, menjadi makhluk manusia yang boleh makan semua jenis makanan, umur pendek juga. Dalam kesakitan, Uki berdoa pada Tuhan. Kali ini dia berdoa pada Tuhan, untuk menjadi.......... Tuhan!

Tuhan murka!!! Lantas, Uki menjadi cacing semula......


**Moralnya; bersyukurlah....

Friday, March 02, 2007

Entah

Op: kau dah kena tag. jgn lupa tengok kat blog aku. - via YM
esis: ok bro. - via YM

Minggu lepas aku telah ditag oleh OP untuk menulis tentang keganjilan diri aku. Sebenarnya aku tak suka melayan tag. Hehe. Sombong sungguh. "Ampun OP". Tapi minda separa sedar aku meransang serebrum untuk memenuhi permintaan ini... dan inilah 6 keganjilan diri aku;
  1. Aku tetap berpendapat Rashid Maidin, Abdullah CD, Kamaruzzaman Teh, Ahmad Boestamam, Burhanuddin Helmi perlu mendapat pengiktirafan yang lebih baik. Ini adalah untuk mengenang jasa besar mereka dalam pejuangan menentang imperialisme. Sejarah perjuangan mereka patut mendapat tempat yang sewajarnya dalam buku sejarah sekolah.
  2. Wajah dan perwatakan aku tidak menggambarkan usia aku yang sebenar. Kamu faham? Hahaha. Baiklah, aku akan gunakan bahasa yang lebih mudah. Wajah aku lebih muda daripada usia aku. Emmmm...............
  3. Entah! Aku pun hairan, kenapa tiba-tiba aku sukakan kambing? Kamu rasa kenapa?
  4. Dua Jumaat lepas, kami terjumpa bangkai Ular Lidi. Kering di atas aspal. Hassan menceritakan bahawa suatu ketika dahulu ular merupakan haiwan yang paling banyak kaki. Oleh sebab itu juga, ia merupakan makhluk yang paling cantik di Syurga. Lebih cantik daripada Merak, lebih indah daripada Cenderawasih. Namun akhirnya ular dicampak ke bumi. Ini sahaja versi cerita Hassan. Aku paksa-paksa Hassan menceritakan kisah ini sepenuhnya, namun dia manusia yang pelupa. Hingga sekarang aku masih teringat-ingat cerita kontot versi Hassan. Aku mahu tahu versi penuh. Sesiapa antara kamu tahu cerita ini? Ceritalah....
  5. Sebenarnya, aku tidak tahu keganjilan diri aku yang lain. Berhari-hari aku fikir, namun ini sajalah yang aku tahu nak tulis.
  6. Dan keganjilan aku yang terakhir, aku tak suka meng-tag orang lain. Jadi tag ini mati di sini. Hahahahaha.....

Oh, oh, oh.. satu lagi. Aku percaya pada mimpi. Sungguh....

Thursday, March 01, 2007

Hoiiii..!

Aku gugup. Panik. Tidak semena-mena jari-jemari Iwandi membulusi celahan lima jemari aku. Digengamnya erat jemari kiri sambil lidah berbicara mesra.

"Cisss!!" Bentak aku dalam hati. Ingin saja aku tetak putus tangan itu.

Kawan-kawan dari Kuala Lumpur menjeling dan tersenyum penuh makna. Sedangkan di waktu yang sama, kawan-kawan Riau yang lain seakan-akan tidak kesah dengan perlakuan itu.

Mustahil mereka tidak nampak. Ada yang duduk, bertenggek, ada yang mencangkung. Alfian dan Azli berdiri. Kedudukan kami saling mengadap. Dalam satu bulatan. Mustahil mereka tidak nampak. Mustahil sungguh!

Aku melepaskan tautan gengaman jemari Iwandi secara terhormat.

Malam itu.

"Iwandi itu gay-kah? Petang tadi dia gengam tangan saya." Aku tanya Atid.

"Oh, saya nampak tadi. Hehe. Bukan.... itu sebagai tanda rasa persahabatan yang erat. Bukannya ada motif-motif dunia songsang.

******

Tapi. Kalau lelaki Melayu bertaut erat gengaman tangan, bagaimana?

"Hoiiii..! Nak kena panah petir......!!?" Jerit aku.